Monday, December 14, 2009

SWEET moments Contest by lensaMama

Baru perasan ade contest ni. Contest di buat oleh blog lensamama. esok jer tarikh tutupnyer. Harap sempat la n join. Ni gmbr2 yg sempat diambil ptg td. iman mmg suke mkan biskut oreo ni. Manis2 mmg iman suka. Ni adalah gambar2 iman tgh menikmati biskut oreo..


dan gambar yg dipertaruhkan adalah gambar dibawah.

Name : An-Nur Iman Haqimi Bin Anuar
D.O.B :05.06.2008 (1thun 7 bulan)
Berikut adalah mklumat mengenai contest..
This is the very first time lensaMama is having a Contest. I have to say that I am so excited! And I am sure some of you are too. Looking at all those lovely pictures I have took all this while, the only thing that came across my mind is, "OMG! Look how sweet this baby/kid is..." and it melts my heart away like chocolate melting in my mouth (Yummy!).
So the theme for this contest is 'SWEET moments'. Get a picture of your baby/kid with anything that spells S.W.E.E.T! Be it a candy, ice cream, chocolate, cupcakes or lolipops. Just make sure it's SWEET ok! The SWEETer the better... Contest starts Today untill 15th Dec 09.

The SWEETest angel will get a SWEET moments with lensaMama for Two (2) hours of unlimited fun!

How to join this sinful SWEETness?
1. Be a follower of lensaMama Done
2. Include lensaMama in your blog list Done
3. Copy lensaMama's badge to the sidebar of you blog and link it to http://lensamama.blogspot.com/
Done
4. Write a blog post of this contest with title 'SWEET moments Contest by lensaMama' Done
5. Include the SWEET moments Contest banner and link it to this entry http://lensamama.blogspot.com/2009/11/sweet-moments-contest-by-lensamama.html in your post and also your sidebar Done
6. Put in One (1) of your baby's photo in the post and mention your SWEETie's name and date of birth Done
7. Write a short description about the SWEETness in the photo Done
8. Leave a comment in this entry with your email address and direct link to your blogpost Done
Terms and Conditions:

1. Contestants must be a Malaysian Babies aged 0-3 years old at the time of entry.
2. Picture should be current or less than 1 year difference from the actual age of baby.
3. Entry must be submitted by the parents themselves.
4. lensaMama's decision is final and no correspondence will be entertained. Please respect lensaMama's credibility.
5. Venue of the photoshoot session shall be determine by lensaMama (we are based in KL).
6. lensaMama have the rights to change, amend, delete or add on to these T&C without prior notice.
7. lensaMama reserves the right to cancel the contest at any stage if deemed necessary in our opinion.

Saturday, December 12, 2009

Gyoza

Dah lame sgt2 kami nk merase mkn gyoza ni. Gyoza ni ibarat macam karipap tapi kulitnyer lembut..asalnya mknan org cina. sllu tgk kat tv jer org2 jepun mkn..umaii2x..b4 ni dah try cari2 kulit gyoza yg halal tp yg kat sini semua ade alkohol. Hrni tgk cerita mkn2 kt tv ade mkn2 gyoza la..terliuq lak nk rase. hb cek2 tenet dptla resepi gyoza yg halal..ape lgi pkat buat la terus. En hb excited tlg buatkan dr mula sampai abis. Emi tlg bab lipat2 gyoza tu jer..tenkiu b :) terubat kami dpt mkn gyoza ni ..okey ni resepi untuk kulitnyer leh klik sini kulit Gyoza (siap ada tunjuk ajar bergambar) dan yg ni resepi buat Gyoza dr cara isi inti-lipat gyoza-goreng. Tp dlm nihonggo la.. sebagai rujukan mudah dan ringkas emi CnP n translate sikit

Bahan-bahan (kulit) (50++)
100gm tepung roti
100gm tepung biasa
sedikit tepung untuk tabur
110ml air panas
1sk garam

inti
1gengam daging cincang
1biji kentang-cincang halus
sedikit kubis-racik halus
1/2labu bawang besar-racik halus
sedikit garam

Cara-cara

  • Campur kesemua bhn sekali dan adun hingga bentuk doh.
  • Bentukkan doh memanjang.
  • Simpan doh dlm plastik dan penaikkan selama 30 minit.
  • Ambil sedikit doh dan tabur sedikit tepung. Gelekkan hingga nipiss dan bulat.
  • Inti* gaulkan kesemua bhn2 inti hingga sekata
  • Letakkan sedikit inti, tutup dan lipat.
  • Panaskan kuali, Susun gyoza tadi tunggu sehingga agak2 garing sedikit.
  • Tanpa perlu terbalikkannya, tuang air panas dan tutup kuali supaya masak sekata. Pastikan api kecik.
  • Dlm 3-4 minit didikan, tutup api dan lap lebihan air dlm kuali.
  • Angkat dan sedia tuk dihidangkan bersama souyu (kicap jepun)

sebelum dan selepas

sedia tuk dingappp..umaii.. :)

Marble Orange Cake

Membaking lagi..kek orange lg..kli ni buat versi marble pulak..buat xbyk utk 1loaf kcik jer. Boleh la buat sebagai buah tgn tuk jln2 esok. Resepi leh tgk yg ni pas emi edit2 tambah tolak ape yg patut..

Bahan-bahan ( 1 loaf kecik )
125gm butter (dilembutkan)
1 sudu besar parutan kulit oren
140gm gula castor
2 biji telur
150gm tepung
1/2sk baking powder
90ml orange juice
1sb koko+1sb air panas

Cara-cara
  • Pukul butter, gula dan kulit oren sehingga kembang.
  • Masukkan telur dan pukul lagi.
  • Kemudian masukkan tepung diselang-selikan dengan orange juice. Kacau rata.
  • Bahagikan kepada 2bahagian- 1bhgian letak paste koko.
  • Gris loaf dan masukkan adunan selang seli.
  • Bakar pada suhu 170 drjh slma 1jam atau hingga masak.

Thursday, December 10, 2009

Sotong goreng kunyit

Entry ni untuk slh satu menu dinner kami mlm td. Resepi yg mudah senang dan sedap. bg kami laa..kalo sape2 nk try sila la tgk resepinyer ni yer..

Bahan-bahan
2 ekor sotong saiz besar-bersihkan dan potong
1/2 labu bawang besar-diracik halus
4biji cili api-lagi byk lg sedap
1sk serbuk kunyit
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-cara
  • Gaulkan sotong dgn serbuk kunyit dan perap seketika.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
  • Masukkan cili dan sotong perap tadi dan masak seketika.
  • Tambah garam secukupnya. Pastikan sotong xdimasak lame untuk elakkan dr liat. memadai dlm 1minit jer.
  • Sedia tuk dihidang.

Pemeriksaan & seminar kesihatan

Slm..bru sempt nk entry..pgi td sibuk pergi ke pemeriksaan dan seminar kesihatan iman.Allhamdulillah perkembangan IQ baik. suke bile tgk iman dpt buat n jwb dgn baik pertanyaan nurse tu. Cuma kne pertingkatkan dr segi penjagaan gigi dan pemakanan. Bile msuk mngenai pemakanan tu rse kurang sgt2 iman skrg ni mkn. ade kot 1/4 je dr pemakanan sebenar mengikut usianya. ermm cmne yer nk menarik minat iman mkn ni..ganbatte..kne usaha ni. iman mkn byk2 tau pasni. erm lgi satu kne stop dah la breastfeeding. iman smpi skrg msih bf tnpa minum susu lain. ade ape2 petua ke nk pisahkannya..klo ade boleh la share2 yer..semoga iman membesar dgn baik, sihat, cergas dan cerdas..amin..

Wednesday, December 9, 2009

Bun Choc chip

aisheh..rhotiee lg ka??hihi jgn bosan lak yer..mood meroti tgh maiii..kebetulan water roux hrtu ade lg berbaki dok dlm freezer tu, so buat bun ni. syok pulak mkn roti panas2 kua dr oven time sejuk2ni..cuma kali ni emi xletak perasa kopi tu & emi tambah coklat chip..suke bile tgk iman mkn byk :) okey resepi leh tgk sini yer Coffee Bun
lembut n gebus je stuktur roti ni..suke sgt resepi ni..
versi mulat2..bkr dlm loyang jer
Double choco..celup2x

Mee Udang

Mee udang ni menu lunch kami hrni..asal tgk kt blog ros dulu. Lame dah masuk list, tp hrini bru sempt nk buat. Amat di alu-alukn bg peminat udang tuk cuba resepi ni. boleh tgk kat blog ros tu Mee Udang Lalaport atau tgk yg emi dah CnP ni..selamat menjamu seleraa..

Bahan-bahanya
2 ikat spagetti -emi gnti dgn mee
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)-emi lbih kan jdi segengam
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus-emi guna sawi jer
2 biji telur rebus
bawang goreng

Caranye

1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan