Wednesday, December 9, 2009

Sweet wannur & comel bergaya giveway

Contest ni drpd blog sweet wannur shoppeSalam semua...
Alhamdulillah, wannur dengan berbesar hati mengadakan giveaway utk kali ke-2 bersempena dengan 3rd anniversary perkahwinan wannur & suami (30 Nov), dan juga bersempena pembukaan kedai baru wannur iaitu
COMEL BERGAYA!!

KATEGORI PENYERTAAN:

Kategori A --> sesiapa yang ada blog (bloggers);

1. jadi follower SWEETWANNURSHOPPE dan
COMEL BERGAYA!!
2. link kan kedua-dua blog ini di blog list anda
3. buat entry ttg giveaway ini
4. tinggalkan comment di sini beserta link anda

Kategori B --> bagi sesiapa yang tiada blog;

1. jadi follower SWEETWANNURSHOPPE dan COMEL BERGAYA!!
2. emailkan ttg giveaway ini kpd 5 orang dan di CC kpd sweetwannurshoppe@gmail.com
3. tinggalkan comment di sini beserta email anda

HADIAHNYA:
2 cabutan hadiah untuk kategori A & 2 cabutan hadiah untuk kategori B
*hadiahnya terdiri drpd barangan dr sweetwannurshoppe beserta hadiah misteri sumbangan comel bergaya!!
CLOSE DATE: 20 DECEMBER 2009 (at 12.00 noon)

TQ & GUD LUCK!!

Roti Arab II

Ni sebenarnyer menu brakfast semalam..tp xsempat entry..terus je keluar berjalan sampai ke malam. Dah malam letih pun xsempat entry..hihi byk alasan. Okey resepi asal ni dr sofinar my resepi. Ni kali ke 2 emi buat tapi sebab nk cepat punya pasal xsempat tunggu 1 jam dan goreng tu yg kurang kemBOng tu..ape la janji dpt mkn n sedap jer bile cicah kari ikan tu. Resepi emi dah tepek b4 this leh klik sini yer Roti Arab. dan yg ni emi letak resepi 1/2 adunan leh dpt dlm 8-9 biji..mari merotiiee~haha

Bahan-bahan (8-9 biji)
Bahan-bahan ( 4 org makan )
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula
150 ml air suam
3 g yis
250g tpg gandum

Cara-cara

•Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
•Tepung di gaul dengan yis
•Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
•Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji .Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
•Panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
•Sedap dimakan bersama kari ikan, ayam atau daging.


Monday, December 7, 2009

Coffee Bun

Yeahh..hrni tercapai gk hasrat nk try resepi coffee bun guna kaedah water roux yg sekarang ni semakin menular ke dapur2 rakan2 blog. Ramai yg da mencuba..wahh hasilnyer mmg xmengeciwa kn..lembut bangett sii..bezanye resepi ni adalah guna kaedah water roux sebagai agen pemangkin gebu bun tu. Bagi sesiapa yg belum try..try la yer..ok, resepi ni emi amik kt dapur mat gebu leh klik sini..mocha bun n asal resepi ni dr mamafami kemudian merebak2 ke segenap antero negara yg mencubanya..ni emi CnP dr dapur tiffinbiru tu yer. mintak izin yer.. selamat minum ptg semuaa~

BAHAN-BAHANNYA :-)
190 g tepung roti (high protein flour)
50 g gula halus
2 g garam halus
6 g instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1 kuning telur
50 g susu segar
1 camca besar serbuk koko + 1 camca besar air panas
60 g "water roux" (resipi di bawah)*
1/2 camca teh coffe emulco
30 g mentega

BAHAN "WATER ROUX"
50 g tepung gandum*
250 ml air*(*disatukan, kacau rata dan jerang dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga adunan bertukar menjadi seakan2 berkanji. Matikan api, sejukkan. Guna seperti yang disyorkan dalam resipi. Selebihnya ditutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan 3 hari...rupa "water roux" seperti gambar di bawah). CARA MEMBUATNYA :-)

1.Satukan semua bahan di atas kecuali mentega, gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang lembut dan anjal (kurang lebih 20 - 25 minit), kemudian alih adunan ke dalam bekas dan tutup dengan plastic, biar kan 1 jam hingga adunan kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan ke dalam bread maker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Biar hingga siap, dari proses mengadun, menguli dan memerap mengambil masa 1 jam 30 minit....(ikut BM memasing yeaa).

2.Keluarkan adunan, uli sekejap untuk membuang udara, biarkan 10 minit. Bagi2 adunan ke beberapa bahagian yang beratnya setiap satu 35g. Bulat2kan dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
3.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing2. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus keluar dari oven. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang....

Asari msk lemak cili api

Menu kat bawah sinun tu emi msk skli dgn lauk ni. Asari ni kire adik beradik angkat dgn spesies lala kot klo kt mesia tu. Bila msk lauk ni ingt kat mama. Memang lauk fav famlily ni. okey la..emi msk ni ikut cara yg simple jer..
Bahan-bahan
400gm asari
7biji cili padi- ditumbuk
1mangkuk santan pekat (drpda 1paket santan serbuk)
1batang serai
1keping asam keping
garam secukupnya
Cara-cara
  • Masukkan cili api dgn sedikit air kemudian masukkan asari yg dah dibersihkan bersama serai.
  • Godek2kan seketika bg cili2 tu diserap ke dalam lala.
  • Masukkan santan dan sedikit garam.
  • Tunggu sehingga mendidih dan masukkan asam keping.
  • Kacau dan tutup api.
  • Sedia tuk dihidang.

Sambal Tempe kering II




Ni menu makan kami semalam. Lameee xmkn tempe..dah name ank jawa..mesti la rindu bile xmkn tempe kan2..so bile dpt tempe jer trus buat sambal tempe kering ni. B4 ni dah buat cuma kli ni ganti gula perang tu dgn madu..lebih sedap bila goreng garing2..nyumm2x..ni emi CnP blik resepinyer yer..

Bahan-bahan
1 paket tempe-hiris nipis n goreng garing
segengam ikan bilis- goreng garing
1biji kentang- disagat halus dan goreng garing
4 biji bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
3 cili kering-kisar
2sb sos cili
1 sb gula perang (emi gnti dgn madu)
1 sb air asam jawa
garam secukupnyer

Cara-cara

•Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
•Masukkan gula, garam dan air asam jawa. kacau sekata.
•Masukkan sos cili dan kacau sehingga agak2 pekat.
•Masukkan tempe, ikan bilis, kentang yg dah digoreng garing tadi, gaul rata.
•Angkat dan boleh dihidangkan bersana nasi hangat.

Saturday, December 5, 2009

Sweet Cakeball

Menu breakfast hrni..Asal resepi pankek ni tgk kt umah k.Nor.Suke betul ke blog k.nor tu gmbr2 boleh bikin air liur meleleh... Mmg ade kelainannyer la adunan guna resepi k.nor ni..sedap walaupun dimakan gituu jer. Masa adunan dah siap n kuali dah panas en hb dtg tnye msk ape..penkek B..oo ape kate masak guna acuan takoyaki tu..pastu dlm letak inti coklat ke jem blueberry ke madu ke cheese ke. Ok jer bile ade org nk tolun2 masak ni..pernh gak mkn bebola pankek ni kt umah kwn jepun dulu..K.nor mntak ijin CnP yer..

Bahan-bahan
6 sudu besar butter ~ dicairkan
2 bj telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula castor
2 cawan susu segar
2 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam

Cara-cara
  • Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
  • Biarkan sebentar dlm 10 minit.
  • Masak pancake spt biasa hingga habis. Hidangkan panas2.
  • Kalau nk buat cam versi takoyaki ni cam ni..
  • Tuang adunan dalam acuan yg dah dipanaskan.
  • Masukkan inti ikut mane yg suka. terbalik2kan tunggu hingga masak.
  • Sedia tuk dihidang n makan panas2.

dlm proses memasak..golek2x..haa siap terbocor lak inti cekelat tu..


dah siappp..posing jap walaupun xcantek mane..


yg ni inti jem bluberry..

Friday, December 4, 2009

Squid Oyster Souce

Ermm..mls betul nk msk hrni..bila selsama melanda ni mkn pun xde rase so selera pun automatik tertutup. tp xkn xisi perut kn..gastrik pulak nnti spe yg ssh??dri sndri gk ..haa ku gagahi jua la ke dapur..ala selsema je pun huhu..blik semaysng jumaat td en hubby bli asari n sutun beso2..bersih2kn terus msk ikut tangan yg bergerak..haha..tarra ni la menu nyer..mkn 1lauk jer mlm ni bleh x??...
Bahan-bahan
2ekor sotong
1/4labu bawang besar
2ulas bawang putih
1sb sos tomato
2sb sos tiram
1sb kicap
1biji lada hijau
sedikit air
garam dan gula secukupnya
Cara-cara
  • Bersihkan sotong. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Masukkan lada hijau hiris.
  • Masukkan pula sos tiram, sos tomato dan sedikit air.
  • Kemudian masukkan sotong dan balik2 kan. Tambah garam dan gula. Jgn lama2 masak sotong ni nnti liat.
  • Angkat dan hidangkan..