Friday, August 20, 2010

Small Pancake

Salam di 10 Ramdhan..kjp je kan habis da 1/3 Ramadhan. Moga dipermudahkan kita meneruskan ibadah hingga ke akhirnya. hrni cuti masak..ade mjlis iftar kat Uni hb. okey ni saje nk letak resepi pancake yg sllu emi buat untuk iman. cuma kali ni emi buat versi kecik tuk mudah iman makan. resepi ni mmg emi sllu buat cuma xletak2 kat blog sllu rujuk blog ros je balik bile nk buat. ni nk mintak izin CnP yer ros..psst..ros..lame nyer sunyi sepi..bz dgn ank2 yer..

Homemade Pancake Mix

Bahan-Bahannya (emi buat 1/2 je dpt 10 biji pancake yg kecil)
100 gram tepung gandum
2 sudu makan gula
2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
125ml susu segar
1 sudu makan butter yang telah dicairkan dan disejukkan sebentar ( tadi guna marjerin je)
Caranya-

1. Satukan tepung, baking powder dan gula, kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit, kemudian masukkan telur dan kacau rata, akhir sekali masukkan marjerin yg telah dicairkan tadi.

2.Panaskan kuali non-stick , sapukan sedikit majerin dan curahkan satu senduk (emi guna 1sudu besar) adunan tadi, apabila dah naik gelembung sikit baru terbalikkan, bila keperangan angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.

suke iman, mkn pun banyak.


Wednesday, August 18, 2010

Buka pose kat Kenny's Roasters

Salam..Malam tadi berbuka puasa kat luar. Hb belanja makan kat Kenny's Roasters sempena ulang tahun perkahwinan kami. menu yg kami amik antaranya Set of Balinese Chicken dengan Original BBQ Chicken. Thnks b belanje makan n hadiah tu :)



iman dengan aksi posingnye

Tuesday, August 17, 2010

Hepi Anniversary ke 3- Blueberry Cheese Cake

Salam 7 Ramadhan buat semua..allhamdulillah hrni 17/8/2010 genap umur perkahwinan kami yg ke 3. syukur setinggi2 syukur kepada Allah yg maha agung atas segala kurniaan rezeki dan kebahagiaan buat kami. Moga ikatan ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat kami seiring dengan keberkatan mu ya Allah.. insyaallah amin. hari ni plan buat blueberry cheese cake ni.plan yg da lame tertangguh bahan2 da lame siap sedia tuan badan je yg xde kerajianan nak buat hrni ku gagahi jua..leh tgk resepi ni kat umah k.ijan juga penyumbang utama resepi oleh k.hana kanazawa..bole tgk kat link tu untuk gmbr yg lebih mengiurkan ya..terima kasih buat akak2ku ini ya..mintak izin CnP ya

Bahan-bahan
Untuk base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)
80g biskut merie or etc - hana gune ritz
50g butter - cairkan

Untuk Cheesecake
250g cream cheese
200g whipping cream
150g yogurt plain
50g gula - leh add
15g gelatin
60ml air panas
50g buah blueberry tin - hana gune yang segar+ jem
25ml syrup blueberry - bleh gune filling@jem blueberry

Cara-cara

1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
3. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin nih agar tidak berbiji2)
4. Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
5. Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
6. Potong dan hidangkan.

potong sepotong tuk berposing..

Monday, August 16, 2010

Buka puasa bersama keluarga tercinta

Allhamdullilah ..sabtu lepas kami sekeluarga dapat berkumpul beramai2 untuk berbuka puasa bersama..gembira dan seronok rase bila dapat buat majlis2 camni..masak same2..makna same2 kan2..yg penting ade pembaziran. Macam2 ade hrtu..okey jom layan gambar2 jom

kerang bakar dan pari asam bakar..

acara selingan main badminton..


dessert: buah kuini, cendol banting dan punch air buah


lauk pauk: Terubuk bakar, pari asam bakar, kerang bakar, rendang pucuk ubi, sup tulang, popiah goreng, kopok lekor

Ayam Goreng Herba

Salam Ramadhan..pose xhrni..allhamdulillah nk masuk hri ke 6 puase hrni..dalam xlarat2 ni buat lauk2 simple je utk berbuka..accually klo ikutkan bru 3hri je buka kat umah selebihnyer kat kg. mmg emi kli ni msk yg simple2 je..plan rse nk buat mcm2 tp bile mse nk msk xmmpu nk berdiri lame..okey la hrp dmudahkan la utk emi trs berpuasa..ni resepi cedok dr majalan RASA..buat mgu lps.cuma buat ala2 basah sikit rase cm rendang sikit..ni emi Copy dr mjlah tu
Bahan-bahan
1ekor ayam-potong 16
3biji bawang merah india*
2ulas bawang putih*
2cm halia*
1sk jintan manis*
2cm kunyit hidup*
*diblend
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
Cara-cara
1. Panaskan ayam dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 kisar hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Sedia untuk dinikmati.

Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan

Salam buat semua..di sini emi sekeluarga ingin merakamkan ucapan salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat semua umat islam seluruh dunia..moga Ramadhan kali ni lebih berkat buat kita semua. amin..di kesempatan ni kami ingin memohon jutaan kemaafan buat semua maafkan atas segalanya..moga kita sama2 menghayati sepenuhkan bulan Ramadhan Al mubaraq kli ini..selamat berpuasa dan selamat beramal..undur diri nk balik kampung ni ..askum~

Friday, August 6, 2010

Sup Ayam Berkrim

Salam semua..hrni keluar menu tuk dak kecik iman ni..saje try buat sup ayam krim ni tuk galakkan iman mkn. Amik resepi olah dr majalah Rasa keluaran Ogos. Emi buat sikit je tuk 2 bowl kecik je. sape2 yg nak try tu leh refer kat resepi bawah ni yer yg emi salin dr mjlah rasa. Emi kurangkan setiap kuantitinya ikut keperluan saja..

Bahan-bahan
250gm dada ayam-dihiris
1batang saderi-dihiris (emi ganti dgn lobak merah)
2biji bawang merah-dicincang
2ulas bawang putih-dicincang
1liter susu segar
tepung gandum/jagung secukupnya
garam
minyak zaitun untuk menumis

Cara-cara

1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan merah hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan saderi dan kacau hingga betul2 wangi.
3. Masak hingga lembut dan kisar halus.
4. Didihkan semula dan masukkan susu dan garam.
5. Pekatkan dengan tepung jagung secukupnya. siap

Tuesday, August 3, 2010

Buncis goreng dgn hati ayam

Salam..da lunch ke masing2?hrni buat menu simple je..mkn sorang je. kebetulan tgk pgi td kat umah ros kua pulak menu ni so just follow la resepinya. Mmg da plan nk buat lauk ni tuk lunch. hati ayam ni mmg elok tuk tambah darah. tp xleh la mkn selalu. emi pun msih ade lagi rse loya2 pening2 nk muntah ni. agaknyer msih cm iman dulu kot smpaikan 9bulan msih cmtu..hrpnya ramadhan ni dpt la pose dgn baik. okey resepi cedok dr dapur ROS. thanks ya ros..panjangkan disini ya..

Bahan-bahannya
200gram hati ayam
1/2 paket kacang buncis ( boleh ganti dengan kacang panjang)
Sedikit hirisan kobis-emi xletak
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili padi ( emi letak 5biji)
garam
sedikit serbuk kunyit.

Cara-caranya

1. Rebus dahulu hati ayam bersama 1 keping asam gelugor dan 1 sudu kecil garam, tapi jangan lama sangat rebus tu, agak-agak lah hati tu dah separuh masak, angkat dan toskan. emi goreng pastu.
2. Kemudian tumbuk halus bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga hancur, kalau nak cincang halus pun boleh.
3. Hiris serong kacang buncis dan hati ayam dipotong 2 atau 3 bahagian kecil , panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi, hingga agak garing, masukkan serbuk kunyit dah hati ayam. Kacau sebati.
4. Jika terlalu kering masukkan suku cawan air, akhir sekali masukkan kacang buncis dan hirisan kobis, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. Bila kacang buncis dan kobis agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.