Tuesday, August 3, 2010

Buncis goreng dgn hati ayam

Salam..da lunch ke masing2?hrni buat menu simple je..mkn sorang je. kebetulan tgk pgi td kat umah ros kua pulak menu ni so just follow la resepinya. Mmg da plan nk buat lauk ni tuk lunch. hati ayam ni mmg elok tuk tambah darah. tp xleh la mkn selalu. emi pun msih ade lagi rse loya2 pening2 nk muntah ni. agaknyer msih cm iman dulu kot smpaikan 9bulan msih cmtu..hrpnya ramadhan ni dpt la pose dgn baik. okey resepi cedok dr dapur ROS. thanks ya ros..panjangkan disini ya..

Bahan-bahannya
200gram hati ayam
1/2 paket kacang buncis ( boleh ganti dengan kacang panjang)
Sedikit hirisan kobis-emi xletak
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili padi ( emi letak 5biji)
garam
sedikit serbuk kunyit.

Cara-caranya

1. Rebus dahulu hati ayam bersama 1 keping asam gelugor dan 1 sudu kecil garam, tapi jangan lama sangat rebus tu, agak-agak lah hati tu dah separuh masak, angkat dan toskan. emi goreng pastu.
2. Kemudian tumbuk halus bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga hancur, kalau nak cincang halus pun boleh.
3. Hiris serong kacang buncis dan hati ayam dipotong 2 atau 3 bahagian kecil , panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi, hingga agak garing, masukkan serbuk kunyit dah hati ayam. Kacau sebati.
4. Jika terlalu kering masukkan suku cawan air, akhir sekali masukkan kacang buncis dan hirisan kobis, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. Bila kacang buncis dan kobis agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.


1 comment:

ain said...

salam emi. lama akak tak singgah sini. hopefully emi sihat2 je. akak pun suka buncis ngan hati ayam ni. tp jrg sgt la dpt mkn sbb yg lain2 tak suka hati ayam.

Animated  Sparkly Love Heart