Friday, August 6, 2010

Sup Ayam Berkrim

Salam semua..hrni keluar menu tuk dak kecik iman ni..saje try buat sup ayam krim ni tuk galakkan iman mkn. Amik resepi olah dr majalah Rasa keluaran Ogos. Emi buat sikit je tuk 2 bowl kecik je. sape2 yg nak try tu leh refer kat resepi bawah ni yer yg emi salin dr mjlah rasa. Emi kurangkan setiap kuantitinya ikut keperluan saja..

Bahan-bahan
250gm dada ayam-dihiris
1batang saderi-dihiris (emi ganti dgn lobak merah)
2biji bawang merah-dicincang
2ulas bawang putih-dicincang
1liter susu segar
tepung gandum/jagung secukupnya
garam
minyak zaitun untuk menumis

Cara-cara

1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan merah hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan saderi dan kacau hingga betul2 wangi.
3. Masak hingga lembut dan kisar halus.
4. Didihkan semula dan masukkan susu dan garam.
5. Pekatkan dengan tepung jagung secukupnya. siap

1 comment:

maz said...

salam kenal dan kunjung bls..mksih ye sdi sngah dpur kita..anak2 kita msti suke sup tu..cdpp..kita link ye..