Tuesday, August 17, 2010

Hepi Anniversary ke 3- Blueberry Cheese Cake

Salam 7 Ramadhan buat semua..allhamdulillah hrni 17/8/2010 genap umur perkahwinan kami yg ke 3. syukur setinggi2 syukur kepada Allah yg maha agung atas segala kurniaan rezeki dan kebahagiaan buat kami. Moga ikatan ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat kami seiring dengan keberkatan mu ya Allah.. insyaallah amin. hari ni plan buat blueberry cheese cake ni.plan yg da lame tertangguh bahan2 da lame siap sedia tuan badan je yg xde kerajianan nak buat hrni ku gagahi jua..leh tgk resepi ni kat umah k.ijan juga penyumbang utama resepi oleh k.hana kanazawa..bole tgk kat link tu untuk gmbr yg lebih mengiurkan ya..terima kasih buat akak2ku ini ya..mintak izin CnP ya

Bahan-bahan
Untuk base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)
80g biskut merie or etc - hana gune ritz
50g butter - cairkan

Untuk Cheesecake
250g cream cheese
200g whipping cream
150g yogurt plain
50g gula - leh add
15g gelatin
60ml air panas
50g buah blueberry tin - hana gune yang segar+ jem
25ml syrup blueberry - bleh gune filling@jem blueberry

Cara-cara

1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
3. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin nih agar tidak berbiji2)
4. Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
5. Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
6. Potong dan hidangkan.

potong sepotong tuk berposing..

6 comments:

hana said...

salam emi.. tahniahhh! dah sampai tahun ke tiga! mudah2an di kekalkan kebahagiaan yang ada skrg nih bersama2 suami dan anak2 wat selama2nya... aminnnn... cantik ciskek mu iteww mcm sarang spider! mintak sepotong yer wat bbuka! slamat bbuka emi dan kluarga..

emilia said...

terima ksih ye k.hana..msih nk menuntut la cmne leh cntik je k.hana buat kek tu..

...me... said...

sedapnyer emi akak tgk kek emi buat ni...tahniah..selamat ulang tahun ketiga emi & nuar :)

kew_chop said...

sedapnya n lawa plak tu hias..

ijan said...

Salam Emi... Selamat ulang tahun ke tiga..harap2 kak ijan tak terlewat sangat nak wish Emi dan Hubby ye.. semoga Emi dan Hubby bahagia hingga akhir hayat bersama ának-anak' (plural okay) dan kerluarga tersayang.... Mmuahh!:)

emilia said...

thnks ya k.ijan

Animated  Sparkly Love Heart