Sunday, June 20, 2010

roti jala hijau kuning

Assalamualaikum salam dihujung minggu.lame da xberkeudara. nk kte sibuk tu xdela. cuma tahap kemalasan yg masih melampaU tu.haishh.hrini my MIL, FIL dtg umah ade jemputan kawen dekat2 sini so buat sikit roti jala ni pgi tadi. Bekas muncung tiga tu mmg da lame beli mse kat nihon dulu b4 balik tp xpernah lagi ngetest. so buat pertama kalinyer cuba dan mmg mudah menggunakannyer walaupun jalanyer belum memuaskan hati dan pndanagan mata tp kire okla.suka sbb buat aktiviti menjala guna muncung 3ni bersih xde la tumpah2.okey resepi emi intai dr tirai kamar umah k.hana..mintak ijin CnP yo..

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning dan hijau

Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam blender kecuali pewarna. Blend hingga semua sebati. Kemudian bahagi dua pewarna. Kacau sebati.Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.


1 comment:

DLatum said...

eee..nice! comel kuning hijau...sukeee