Monday, June 21, 2010

Berehat seketika


Salam buat semua..pemberitahuaan cuti seketika..hehe mcm ade yg kisah je kan kite xonline ni. hrni kami sekeluarga akan bertolak balik kampung banting. duduk seminggu kat sane. sbbnyer hubby ade ursan kje kat bangi seminggu so bosan la kan 1org duk sini. rindula kat hb nnti huhu..pastu hari sbtuahd pulak ade kerja kawen umah mkcik. hari ahad tu pulak kami akan menjemput tetamu dr jauh...nun jauh di sana..dr mane?dr JAPAN. Nihonjin.sape?tunggu akan diceritakan kemuadia. mereka akan datang 1family kecil kat msia ni selama seminggu..okey bersua lagi seminggu dua lagi..pas ni xdpt keudara sbb kt kg xde internet. harap rakan2 doakan semuanya perjalanan lancar ya..miss all of u..♥ ♥ ♥

Sunday, June 20, 2010

roti jala hijau kuning

Assalamualaikum salam dihujung minggu.lame da xberkeudara. nk kte sibuk tu xdela. cuma tahap kemalasan yg masih melampaU tu.haishh.hrini my MIL, FIL dtg umah ade jemputan kawen dekat2 sini so buat sikit roti jala ni pgi tadi. Bekas muncung tiga tu mmg da lame beli mse kat nihon dulu b4 balik tp xpernah lagi ngetest. so buat pertama kalinyer cuba dan mmg mudah menggunakannyer walaupun jalanyer belum memuaskan hati dan pndanagan mata tp kire okla.suka sbb buat aktiviti menjala guna muncung 3ni bersih xde la tumpah2.okey resepi emi intai dr tirai kamar umah k.hana..mintak ijin CnP yo..

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning dan hijau

Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam blender kecuali pewarna. Blend hingga semua sebati. Kemudian bahagi dua pewarna. Kacau sebati.Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.


Tuesday, June 15, 2010

Matcha Chiffon Cake

Salam semua..lame xkeudara..masak+amik picture tp post je xde huhu...kemalasan melanda lagi..cmne ek nk buang jauh2 sifat ni.campur dgn emosi yg asyik xstabil jer.okey-okey yg ni chiffon pertamaku di abad ini huhu tgk sajela rupanyer yg separa bantat itew..ni kes blackout la ni time adunan da siap tuk dibakar.geram je rse..inform la awal2. resepi asal dr ROS jintan manis..nmpknyer kne try lagi la pasni.thnks ya ros tuk resepi ni..CnP ya

Bahan-Bahanye
3 biji Telur
60 gram gula
50 ml susu segar
40 ml minyak masak
60 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking pawder
1 paket maxim matcha mix ( emi gnti dgn 1sb serbuk matcha)
sedikit pewarna hijau

Caranya
1. Ayak tepung gandum dan baking powder, kemudian asingkan putih dan kuning telur.

2. Pukul putih telur hingga betul-betul kembang, kemudian masukkan setengah kuantiti gula dan pukul lagi hingga menjadi kental ( meringue).

3. Selepas itu, pukul kuning telur dan baki gula hingga kembang (putih), kemudian tuang dalam adunan meringue tadi dan kacau perlahan menggunakan spatula, masukkan pula maxim matcha, sedikit pewarna hijau dan tepung sedikit demi sedikit, selepas itu masukkan pula susu, kacau sebati. ( kaedah kaup balik ye)

4. Akhir sekali masukkan pula minyak masak dan tuang adunan dalam acuan chiffon yang ade lubang tengah tu, bakar pada suhu 160 darjah selama 30-35 minit, setelah dibakar sejukkan dan terbalikkan di atas gelas kaca, baru keluarkan pada acuan. Selamat Mencuba.

Friday, June 11, 2010

Asam Pedas Melaka

Salam semua..salam di hari Jumaat yg mulia. Kejap je da jumaat kan. dah lunch ke?msk ape hrni? akhir2 ni post menu semua merah2 lak npe ni ekk hihi..kebetulan kot. ini kes teringin nak makan asam pedas ikan pari ni wat terjumpe dgn blog menuorgkampung ni. Dah duduk melaka knela belajar2 buat asam pedas melaka kan..yg ptg kne CUBA kan. Fuhh berpeluh mkn srg2 ni..bau pun msih melekatt kat tgn ni. promot baik punya!okey tuk resepi ni emi CnP dr blog menuorgkampung ni. Mintak izin share resepi di sini ya..

ASAM PEDAS MELAKA
600 g ikan parang, terubok dll-emi guna ikan pari
1 batang serai, dititik
4-5 tangkai daun kesum (di sesetengah tempat, diganti dengan bungan kantan)
1½ sudu besar asam jawa } campur utk
400 ml air } air asam
300 g kacang bendi – dihiris pangkal
60 ml minyak
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Bahan Kisar:
15-20 tangkai cili kering – direndam
1 cm kiub belacan, dibakar
½ sudu teh jintan manis } disangai & ditumbuk dulu
½ sudu teh jintan putih }
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan ikan. Masak hingga mendidih.
3. Bubuh kacang bendi, garam dan gula. Kacau sekali-sekala.
4. Bila bendi lembut dan ikan masak, angkat dan hidangkan.

Nota: Jika suka bendi yg agak lembik, masukkan ia bersama ikan.

Thursday, June 10, 2010

Award dan tag mama hawa

Salamm..tugasan yg dberikn oleh mamahawa. hrp memenuhi dan mnjwb semua soaln ya..thnks to mma

Tag
1. Apa yang bermain di fikiran kamu sekarang?
lameenyerr xmnjawab TAG2 cenggini..

2. Nama samaran kamu?
emi-kwn2 dgn mmaabh n ayong yg pnggil
angah-pnggilan oleh adik2
honey, ayang, sayang-oleh hb
ibu-oleh iman
mok de- oleh ank buah

3. Berikan tiga orang kamu sayang
My family- mmaabh n adik brdik, hubby, Iman

4. Panggilan utk si dia
Abang/Bi

5. Hadiah yang korang impikan dari orang tersayang
bunge-hihi sbb cm nmpk rmntik la (mengade tak?)

6. Blog mana yang korang suka follow
mcm2..semua suke xtersenarai pulk nnti

7. Bagi award ni kat 15 blogger lain dgn pernuh penghormatan:
pda sesiape yg bermint sila2 la yer..

Sambal Tempe Kering III

Salam semua..buat sambal tempe ni semalam. Buat byk2 skli dapat la 1 tapuwaer leh mkn ulang2. Ni gara2 nampak sambal tempe kat umah ROS dgn K.IKA la ni.. terus pakat buat. Makan dgn lauk daging masak lemak cili api..nyum2x..resepi leh tgk kat sini tak pun kat sini dah byk kli wat suke dgn resepi ni thnx ya buat penyumpang resepi asal. xingat la dr mane..mintak ampun ye..mm CnP balik la ni yer..

Bahan-bahan (bergantung pada kuantiti tempe ye)
1 paket tempe-hiris nipis n goreng garing
segengam ikan bilis- goreng garing
1biji kentang- disagat halus dan goreng garing
4 biji bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
3 cili kering-kisar
2sb sos cili
1 sb gula perang-emi ganti dgn madu
1 sb air asam jawa
garam secukupnyer
option: kacang goreng

Cara-cara

> Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
> Masukkan garam dan air asam jawa. kacau sekata.
> Masukkan sos cili dan gula/madu. kacau sehingga agak2 pekat.
> Masukkan tempe, ikan bilis, kentang yg dah digoreng garing tadi, gaul rata.
> Angkat dan boleh dihidangkan bersana nasi hangat.

Monday, June 7, 2010

Telur Masak Sambal

Salam kembali..dengan lauk yg simple ni..buat tambah2 lauk tuk dinner ni..ikut resepi dr LOVE yg semakin gumbira dgn "toy" barunya itew. hehe thanks ya love 4 the recipes. Harum je bila letak serai kat sambal ni..leh buat dan buat lagi la pasni..yela lauk simple2 gini mmg harus la dlm simpanan.simpel dan sedaP..CnP ye love..

Bahan-bahan
•4 biji telur (direbus, buang kulit dan digoreng dahulu) - emi goreng
•6 ulas bawang merah
•3 ulas bawang putih
•5 sb cili kering kisar/ cili boh (kurang/ lebih ikut suka)
•segenggam ikan bilis/ udang kering (direndam dlm air)
•1 bawang besar - potong bulat
•1 batang serai - diketuk
•sedikit air (optional)
•garam secukup rasa
•minyak masak

Cara-cara memasaknyer :-

1.Tumbuk bawang merah, bawang putih hingga lumat. Masukkan ikan bilis/ udang kering dan tumbuk lagi.
2.Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan serai dan bawang besar...tumis sekejap. Perasakan dgn garam secukupnye. Tambah sedikit air jika mahu.
4.Akhir sekali, masukkan telur yang telah direbus dan digoreng tadi. Gaul sebati. Padamkan api.
5.Sedia dihidang panas bersama nasi putih.
6.***Bg mrk yang minat telur goreng...boleh goreng biasa/ dadar telur itu terlebih dahulu. Boleh adjust kuantiti bahan2 yg diperlukan...;)


Majlis Kawen Adik Ipar

Assalamualaikum..salam hari isnin. Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan adik ipar hari Jumaat, sabtudan ahad hrtu..Tahniah buat Ila dan suami. Moga bahagia dan berpanjangan hingga ke akhirnya..ni gmbr serba sedikit mjlis perkahwinan tersebut..
majlis cukur jambul anak buah yg masih dalam hari Alia Nur Batisyapengantin berarak masuk pengantin jalan atas kain batik lepas menuju ke mak ayah (adat lama yg semakin dilupakan) pengantin memohon restu pada makayah.
gambar keluarga..iman tdo pulak

Wednesday, June 2, 2010

Nasi Ayam & Moist Roast Chicken

Salam hari Rabu buat semua..Menu nasi ayam ni buat tuk dinner mlm td. Ingt leh mkn dgn hb mkn sorang2 gk..Bz kje huhu..mmg xde mood betul mlm tdi..tambah tension dgn bdk kecik ni..huhu bile xde mood ni rse nk mrh jer. haishhh..Ya Allah tanamkanlah sifat kesabaran yg tinggi dlm diriku..tp ni da sejuk semula da hihi..okey jom layan nasi ayam mlm tdi ni..buat dgn moist roast chicken yg diperap 3jam..best2x..resepi ayam tu Cnp dr blog kurniaanmu k.ika thnks ya

Bahan-bahan
BAHAN NASI
3 pot beras
3 cawan air rebusan ayam
1 inci halia*
2 biji bawang putih*
1 helai daun pandan
2 sudu mentega
2bunga lawang
BAHAN CILI
3biji cili merah
halia
2biji bawang putih
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya
BAHAN TAMBAHAN
sup ayam, kicap, tomato, salad, daun sup, bawang goreng dan timun

Cara-cara

  • Masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan bawang halia yg blend diikuti dgn bunga lawang.
  • Masak hingga naik bau masukkan air rebusan ayam. Masukkan nasi.
  • Cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur. Masak atasapi kecil seketika.
  • Hidangkan dgn bhn2 tmbhn yg lain.
Moist Roast Chicken

INGREDIENTS:
1/2 Chicken - cut into 6-8 pieces
4 cloves Garlic*
1" Ginger*
1 tbsp Coriander Seeds*
1 tbsp Fennel Seeds* (* blended)
1 tbsp Sweet Soy Sauce
1 tbsp Honey
2 tbs Oyster Sauce
2 tbsp Chili Sauce
1 tbsp Tomato Sauce
4 tbsp Water
Butter

METHOD:
  • Mix all of them.
  • Marinate for 30 min.
  • Place in a baking dish.
  • Place some butter on top.
  • Bake 190C for 60 min.
  • Top with brown sauce & serve with Chicken Rice or plain rice.

Tuesday, June 1, 2010

Creamy Hot Coco

Salam kembali..pas mkn kek, dahaga pulak tekak..pns2 camni klo kne ais mmg le syok tpnyer tekak masih sakit batuk2 pun lum reda so buatla hot coco ni. Buat pun 1mug jer. resepi cedok dr umah K.hana manakala resepi asal oleh mamafami..thnks ya buat akak2 ber2..

Ingredients :

1/3 cup unsweetened cocoa powder
1/2 cup white sugar
a pinch of salt
1/3 cup boiling water
3 1/2 cups milk
1/2 teaspoon vanilla essence
enough whipping cream
a bit of cocoa powder to sprinkle (optional)


Method :

  • Combine the cocoa, sugar and pinch of salt in a saucepan.
  • Blend in the boiling water. Bring this mixture to an easy boil while you stir. Simmer and stir for about 2 minutes. Watch that it doesn't scorch.
  • Stir in 3 1/2 cups of milk and heat until very hot, but do not boil!
  • Remove from heat and add vanilla.
  • Divide between 4 mugs.
  • Add the cream to the mugs of cocoa to cool it to drinking temperature. Sprinkle with a bit of cocoa powder.

Kek Pisang Gebu

Salam semua...da minum ptg?jom minum ptg sme2 jom pekena kek pisang gebu ni resepi dr jintan manis.com oleh ROS. Bagi yg nk try bolehla ke blog jintanmanis tu atau rujuk kat bawah ni yer.untuk pelbagaikan lagi resepi2 kek pisang. Thnks ya ros mintak izin lanjutkan resepi kat sini yer..

Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak, curah dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minti atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba