ketibaan kami di KLIA..
Wednesday, March 31, 2010
Salam kembali~
Thursday, March 18, 2010
Salam buat semua n berjumpe lgi
Wednesday, March 17, 2010
Iman Demam..
Tuesday, March 16, 2010
Strawberry Slice Cheese Cake
Bahan-bahanye
4 keping slice cheese ( kt mesia cheese yang jenama kraft atau cheddar tu)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
80 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
1 sk Strawberry Emulco
Cara-cara
1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar, kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa. Tambahkan Strawberry Emulco dan kacau sekata.
2. Masukkan butter serta separuh bahagian gula dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
3. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama baki gula hingga menjadi meringue.( meringue pastikan betul-betul kental, terbalikkan bowl dan meringue takkan jatuh)
4. Di dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
5. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.
6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek bulat atau petak berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk dapatkan tekstur kek yang tidak terlalu kering.
7. Setelah siap dibakar terus keluarkan kek dari acuan dan sejukkan atas redai, amat sesuai dijadikan menu minum petang. Selamat Mencuba.
- Bahagikan kek kepada 3bahagian. Sapu krim pada setiap bahagian dan tabur hirisan strawberry. Tekan sikit. Hias ikut kreativiti.
Angkut Barang & Ucapan Penghargaan
15hb- pagi tu gerak ke port..sekali lagi diaorg ni dtg tlg..bawak truck n punggah brg2 semua tu ke garaj port..semua pihak kami kena uruskan sendri.sgt2 terhutang budi kat mereka ni..hari tu setel semua ptg gak la..2hari ni pihak kastam akan check semua brg2 tu samada ok atau tidak tuk masuk kontena.ni so 19hb nnti sekali lagi mereka2ni akan bantu kami tuk pindahkan pulak brg dr garaj tu ke kontena tuk di susun..tula step2nyer..hrp2nyer muatla kontena tu nnti sbb org tu ckp xpernah sbyk ni lebih 3kli gnda dr biasa..
B bergambar kenangan dgn plat kete sblm gi masho kan di JPJ
Thursday, March 11, 2010
Bun Blueberry
Bahan-bahanya
180gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu marjerin
130 ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread impover -emi ganti dgn 1sb water roux
2 sudu besar parmesan cheese ( boleh ganti dengan 1 sudu besar susu tepung)
1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On dan tunggu sampai siap.
2.Langkah seterusnya jika uli tangan, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi beberapa minit di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan di dalam acuan petak 18cm. biarkan doh naik sehingga dua kali ganda lebih kurang selama 40 minit atau 1 jam.
4. Gliss pemukaan roti dengan 1 sudu kecil susu+ beberapa titik madu, kemudian paipkan jem blueberry diatas bun, bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit.
sebelum dibakar..
Jemput makan..
TOP 5-Contest Seiras Wajah
Stok makanan Jepun
Wednesday, March 10, 2010
Okonomiyaki III
Bahan-bahan
kalau beli tepung yg siap tu, hanya perlu bancuh ikut arahan pd pek.. (biasanya air+telur sebiji).. kalau x de tepung yg siap tu, buat mcm ni..
Bahan A:
50g tepung naik sendiri
1 biji telur- emi buat 2biji
1 sudu kecil dashi powder
100ml air
sedikit bawang putih (klu suka) - tkyah pon xpe
1/4 sayur kubis saiz kecil (klu byk mmg sedap)
1bungkus mee kuning-ni emi tambah
sos okonomiyaki
dried bonito flakes -xletak
dried shrimp -xletak
mayonis
Bahan B:
boleh guna daging tipis, squid atau udang
Caranya:
•Cincang / potong kubis tu halus-halus.
•Bancuh tepung, telur, serbuk dashi, dan air dlm mangkuk besar.
•Masukkan sayur kobis dan kacau rata
•Panaskan non stick pan dan bubuh minyak
•Tuangkan bancuhan tepung dan sayur kobis tadi ke dlm kuali kemudian letak kan daging atau udang di bhgn atasnya, kemudian tuang lagi bancuhan di atasnya dan bila agak kekuningan dan nampak dah nak masak
•Terbalikkan ia dan tunggu hingga masak.
•Hiasan:
•letak kan di atas piring leper dan tuangkan sos okonomiyaki, serbuk dashi dan mayonis. Siap
•* sos okonomiyaki bole gnti dgn cmpuran kicap manis, sos tiram dan sos cili.
Ikan Masak Wangi
Bahan-bahan
1ekor ikan kembung-(nak guna ikan lain yg sesuai pun bole)
1/2 bawang besar-blend*
2-3sb madu
5helai daun limau purut-racik halus
1batang bunga kantan-potong 2
beberapa potong nenas-optional
Cara-cara
- Goreng ikan garing-garing.
- Untuk Sosnya: Panaskan minyak dan tumis bawang besar yg dah dikisar tadi hingga naik bau.
- Masukkan semua bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam.
- Tuang atas ikan goreng tadi..Siap..
Sawi Goreng Daging
Bahan-bahan
2ikat sawi-bersihkan dan potong
1ulas bawang putih-mayang
1gengam daging cincang
2sb sos tiram
1/2 batang lobak-potong anak mancis
1biji cili merah-hiris
garam
Cara-cara
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih kemudian masukkan pula daging cincang dengan sedikit air.
- Masukkan lobak dan juga sawi. Diikuti dengan sos tiram.
- Akhir sekali masukkan cili merah dan perasakan dengan garam jika perlu.
- Enak dimakan bersama nasi panas
Monday, March 8, 2010
Nasi Ayam Madu II
Bahan-bahan ( 2 orang )
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun
Cara-cara
•Bersih ayam. Potong ikut suka
•Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
•Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
•Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak.
•Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam(emi guna bhn perap td) tadi
•Untuk sos* tumis bawang putih dan cili merah yg dah diblend hingga naik bau, masukkan 2sb sos cili dan 1sb cuka. Perasakan dgn garan dan gula secukupnya.
•Selamat menjamu selera...
Kek Coklat Kopi
Bahan-bahan (loyang 8x8)
2 cawan tepung*
2 cawan gula - guna caster sugar -emi jadikan 1 1/2 je
3/4 cups serbuk koko*
2 sk baking powder*
2 sk baking soda*
2 telur
1 cawan susu
1 cawan minyak
1 sb kopi, tambah 1/2 cawan air panas
1/2 sk garam
- Ayak bahan-bahan bertanda *
- Pukul telur diikuti dengan minyak, garam dan esen vanila.
- Masukkan sedikit demi sedikit bahan2 ayak berselang seli dengan susu dan kopi panas.
- Buat sehingga habis dan bakar pada suhu 170 selama 1 jam atau hingga masak.
- Sejukkan kek dan sediakan topping.
- Cairkan bahan2 ganache bersama2 dengan kaedah double boil/dalam makrowave dan kacau supaya xberketul.
- Curahkan atas kek..Siap
Saturday, March 6, 2010
Jalan2 ke Koen- tgk Sakura-Ume
deretan pokok Ume..
cantik bunga ni..rase2 sempat x tgk sakura b4 blik ni?ermm
Mee Bandung
Bahan-bahan
1gengam udang kering *
1/2labu bawang besar *
3ulas bawang putih *
5batang cili kering-ikut kpdsan msg2 *
hirisan daging -direbus dan amik airnya
taugeh
tauhu goreng
limau nipis
daun bawang dan bawang goreng
garam
gula
1sb sos cili
Cara-cara
•Blend bahan bertanda*
•Panaskan minyak(lebihkan sedikit coz udg kering akan serap minyak) dan tumis bahan blend tadi hingga masak
•Masukkan air rebusan daging dan belacan
•Perasakan dgn gula dan garam. Masukkan sos cili.
•Pecahkan telur ikut bilangan org yg nk mkn.
•Masak hingga kepekatan yg dikehendaki.
•Hidangkan bersama mee,daging rebus, sawi, taugeh,daun bawang, bawang goreng, tauhu goreng dan perahan limau nipis.
•Sedia untuk dimakan.
Friday, March 5, 2010
Nugget Ayam Taufu
Bahan-bahan
4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha)
2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs) ros guna jenis soft breadcrumbs
1/2 biji telur -emi guna 1biji kecil
150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) - di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu
sedikit garam
lada sulah
2 sudu kecil baking powder ( ni ros saje tambah)
*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu -emi guna 3 biji telur saiz kecil
3 cawan breadcrumbs
Cara-Caranya
1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit-sikit kasi betul-betul hancur.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu, baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur.
3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nuggeta ayam mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke, ikut kerajinan lah, semalam ros buat bentuk bulat je.
4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku. Selamat Mencuba.
nugget yg siap dicoating sebelum dipacking tuk difrozenkan..
goreng sikit cicah mayonis n cili sos..nyum2x
Wednesday, March 3, 2010
Majlis Makan Makan (International Night)
Dessert..
Ni pulak gmbr2 sekitar mjlis..
antara makanan yg dihidangkan..
b atas pentas dgn student2 foreigner yg lain..