Tuesday, October 13, 2009

Bone Steak

Mlm tapi kami pekena bone steak resepi kat my resepi tuk mkn dinner dgn nasi. Breakfast pg tdi pulak mkn dgn roti parata segera. Wallaaa mmg masyuk..resepi asal oleh k.fida boleh click sini bone steak atau emi dan copy paste kt bawah ni. Try laa xrugi mencuba..kejap je licin mangkuk hehe.

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
1 kilo tulang *- cuci bersih
3 helai daun pandan*
1 btg serai*
4 ulas bwg putih* -diketuk
1 ibu jari halia* -diketuk
(Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
2 sb ketumbar biji*
1 sb jintan kasar*
3/4 sb jintan halus*
1/2 sb lada hitam/putih*
(4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
10-15 tangkai cili kering
10 ulas bwg merah
5 ulas bwh putih
1 botol tomato sos
2 sb kicap manis
kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
1-2 biji bwg besar - dibelah
cili hijau - dipotong
2 biji telur - di kocok
Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar
1/2 cwn bawang goreng
1/2 cwn kacang peas -utk tabur

Cara-cara
  • Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
  • Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
  • Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
  • Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
  • Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
  • Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng. Sedia tuk dimakan.. cicah roti pun sedap.

4 comments:

Watierman said...

Wah sedapnya bone steak tu Emi.,,,tergugat Iman akak...

emilia said...

hehe try la akak..mmg masyukk..

Mis WaNie said...

erk...25,000 snaps?banyak nye..kalah anak sultan..kekekekkeke..tq btw..=)kekmi,hehe i luv ur blog!!wat orang laparrrrrrr je..huhuu=)) btw..keep up the best recipees and the pics..and iman dah besar!!comel..dan dah nampak kejejakaan nye(bak kate pokcu)hehhe...

emilia said...

haha..bukn ank sultan, artis bollywood la wani tu hihi..imn dah beso dah leh jdi flower boy weeding wani nnti xpun hulu balang pgg bunga manggar..hehe

Animated  Sparkly Love Heart