Wednesday, October 14, 2009

Kerabu tauge

yes! akhirnyer buat jugak kerabu tauge ni. Dah lme menyimpan hasrat nk buat. Sayur simple je tauge..tp bg peminat2 kerabu mmg sedap resepi ni. Buat kate Ros kjp je dah licin. Berselera dan bertmbah emi mkn hrni..hehe. Kerisik tu emi guna kelapa kering yg disangai dan emi tumbuk. Cuma kurang berminyak la bnding origanal kerisik. Resepi ni amik dr umh ros boleh tgk kt sini kerabu tauge. Ni emi mohon copy n paste yer..

Bahan-bahan
1/2 bungkus taugeh yang dibuang ekornye
1/3 biji timun dipotong anak mancis-emi xletak
1/4 biji bawang besar, dihiris nipis
4 biji cili padi
2 sudu besar kerisik
1 sudu kecil perahan lemon-emi guna limau nipis
sedikit gula
sedikit garam
( kalau nak letak belacan pun buleh)-emi letak

Cara-cara
  • Taugeh tu klu nak celur kejap je dua tiga saat, kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
  • Tumbuk udang kering dan cili padi, masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam bekas yang mengandungi taugeh, timun dan bawang. Gaul rata.
  • Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik rata dan tidak berketul.
  • Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dgn nasi panas.

3 comments:

naba the mutant said...

menarik2...dah lama xbuat nih...;)

Watierman said...

Emi kalau letak kerang rebus lagi ump...kalau tak pun letak perut lembu...perut tuala...kalau jawa kata babat...sedap...hingga menjilat bibir!

emilia said...

to chena..ni rentetan dr mkn kerabu umah k.ina hrtu ni hehe..sedap tul nsi kerabu k.ina..tq

to k.wati betul tu,klo ade kerang dah tambah da..tp,emi kureng sikit mkn babat ni

Animated  Sparkly Love Heart