Friday, October 16, 2009

Cheese Choc Cake

Kek ni buat sempena besday B esok. Sambut awal shri. Kek ni mmg mencabar jugakla bg emi. Dari segi penyediaan dan ketekunan. Tapi mmg best la..bg siape2 yg dah try mmg kate resepi ni "supeb" arr..Betul kate komen2 kt my resepi tu rase kek ni mcm kt secret recipes..wallaa!!Disebabkn resepi ni elok dibiarkn semalaman sejuk so emi buat tgh2 mlm td. Kire stay up la nk buat kek tuk hb tercinta ni..hehe..iman pun tdo lena sng nk buat kje. Cuma layer ke 3 (choc mousse) tu emi buat stgh adunan jer sbb xmuat loyang 18inci ni. Mula2 takut gk nk buat kek ni..lgi2 konfius tang whipping cream tu. Pas tnye k.ita bru puas hti sikit. Alhamdulillah jdi kek ni. Fuh~ sgt2 puas hti rase kek ni. cuma bab decoration lum puashti, fail sikit arr..lg2 bab menulis tu..keras tul tgn ni. ingt nk cri label "hepi besday" jer tp xjumpe tu yg keras pun keras la..jnji hasil tgn sendri. Allamdulillah b pun puas hti..:)..ilang rse penat lelah..okla resepi asal oleh damnmachine dr my resepi leh klik sini- Cheese Choc Cake. Dan ni sebagai rujukan

Bahan-bahan ( 18cm )
Lapis Bawah:
120gm biskut tiger (hancurkan..emi guna biskut oreo)
70gm unsalt butter (dicairkan)
Lapis Atas:
250gm cream cheese (lembutkan)
120gm gula kastor
2 keping biskut tiger (hancurkan..klu nk tambah lagi boleh..tp jgn byk sgt plak)
150gm dairy whipping cream
1 ½ tbsp gelatine
80ml full cream milk
Chocolate mousse: (yg ni emi buat 1/2 adunan jer)
250gm whip cream
1 tbsp vanilla essence
1 sb serbuk gelatine (cmpur dgn 6 tbsp air panas)
50gm serbuk koko + 80 gm gula icing
1 sb nescafe + 1 ½ sb air panas (klu nk lagi pahit tmbh ½ sb lgi..tp yg ni pon da pahit)
Tmbh susu pekat sket (kalu adunan rasa pahit)
Chocolate ganache:
35gm serbuk koko
50gm gula kastor
150gm whipping cream
80gm chocolate masak
30gm mentega

Cara-cara
  • Lapisan bawah: Hancurkan biskut tiger. Kemudian, campur dengan butter yang telah dicairkan. Tekan rata dalam pan (18cm) yang boleh buka tepi. Masuk dalam peti sejuk.
  • Lapisan atas: Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yg tlah dihancurkan, whipping cream)
  • Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan td.
  • Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)
  • Chocolate mousse: Pukul whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rase pahit, tmbh susu pekat sket je. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse
  • Chocolate ganache: Masukkan semua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula. Bila agak2 chocolate ganache da keras, boleh la dihidangkan.
  • Biarkan cake betul2 keras kalau tak cair. Lagi satu, saya dah buat cake ni dan rase agak manis sedikit. So kalau sape yang xsuke manis2, boleh kurangkan sket sukatan gula. Selamat mencuba!
  • *note: sape yg rase nk mkn cake ni mcm ice cream ley bekukan dlm freezer..n sape yg nk cake ni sejuk biase..boley la letakkan cake ni dlm peti ais biase(bkn freezer)..tp kene biarkan atleast 8hrs or lagi baik semalaman untuk dptkan cake yg ok..
  • *note: klu cake ni dibekukan dlm freezer..lama kelamaan cake ni akan cair sedikit..bak kate chef bile cheese beku jadi ais..nnti bile kluar dr freezer, ais tu akan cair..so smpan dlm peti ais biase mayb boley menyelamat keadaan mcm ni..hehehe..harap2 petua ni boleh membantu anda semua..=)

dah siap!..4 lapisan

Start mendeco..

Tacap2 lagi..


Uikk..keras tul tgn bab2 tulis2, lukis2 ni..Siap!

No comments: