Selamat malam semua..dah dinner ke semua? Entry utk slh satu menu kami mlm ni. Pernah tgk resepi ni kat blog kak ummi dgn k.dayang. ni amik dr dapur umah k.dayang. Leh klik kat sini Honey Prawns. Rasenyer mmg walla~ bg yg dah mencuba ttu tau.. jemput mkan semua~
Bahan-bahan
•400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
•1 labu bawang besar*
•1 biji cili merah*
•3 ulas bawang putih*
•3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
•2-3 biji cili api (diketuk)
•1 sudu makan sos cili
•1 sudu makan jus lemon
•sedikit daun ketumbar (dihiris)
•1/2 sudu besar kicap pekat
Bahan-bahan
•400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
•1 labu bawang besar*
•1 biji cili merah*
•3 ulas bawang putih*
•3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
•2-3 biji cili api (diketuk)
•1 sudu makan sos cili
•1 sudu makan jus lemon
•sedikit daun ketumbar (dihiris)
•1/2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara :
- Kisar bahan2 bertanda *.
- Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
- Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit.
- Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
- Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.
3 comments:
sedapnya! meh la sini skit, sepinggan;)
hehe buat pun sepinggan je che na..
Tak nak sepinggan...nak sekor boley@!
Post a Comment