Friday, November 20, 2009

Kek coklat

Lame xbuat kek cekelat..buat mlm tdi..tuk minum mlm..haha.. mlm2 mkn kek..makesure brs gigi b4 tdo yer..ni guna resepi yg dah pernh cuba sebelum ni oleh fendi kat my resepi. mmg moist resepi ni..n emi pilih resepi ni sbb kurang guna telor bnding resepi lain. jemput makan semua..ni emi ulang CnP yer..

Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
  • Pukul telur hingga kembang
  • Masukkan gula dan pukul lagi
  • Kemudian masukkan minyak masak
  • Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  • Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak-versi ramaken tu dlm 30minit je emi bkr.
  • Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk. (guna kaedah double boiler) Lpas ditopping dan tabur-tabur dgn parutan white choc..

Versi ramaken

1 comment:

Fiza Nordin said...

akak pernah buat resipi ni lame dulu & bg kat org kek tu.tpkan...org tu kate kek tu tak jadi...adeke patut???haihs!!!

Animated  Sparkly Love Heart