Friday, November 6, 2009

Kek Pisang Ala English II

Salam Petang semua..Ni menu tuk minum petang kami, merangkap menu tuk habiskan stok pisang yg hampir expired itu.Pgi tdi bfst dah buatkan cekodok pisang ni ade baki buat kek lak. Dah cuba resepi ni kli ke 2. Cuma xtabur serbuk kayu manis tu je. Asal resepi kat MYR oleh kak Yatt leh klik kat link ni Kek Pisang. Ni emi c &p sbgai rujukan. Jom minum petang~

Bahan-bahan
  • 180 gm tepung
  • 2 biji pisang ukuran besar (kalu kecil buat 3 biji)
  • 70 gm butter
  • 3 sudu gula putih
  • 2 sudu light brown sugar
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur
  • sedikit susu segar-ni emi tambah
  • utk hiasan;
  • pisang di potong seperti dlm gambar
  • serbuk kayu manis
  • gula pasir

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang , masukkan gula merah pukul lagi, kemudian masukkan telur dan pisang yang telah di lenyek, esen vanilla, blend lg. akhir sekali masukkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat . Masukkan adunan tersebut di dalam bekas pembakar, susun kan pisang seperti gambar di atas dan taburkan serbuk kayu manis di atasnya. Bakar selama 45 minit. Setelah keluar cepat2 taburkan gula di atas kek, biarkan kek sejuk dan baru di potong

2 comments:

blogresipi said...

amboi merekah rekah kek pisang inggeris Emi nie... telan air liur i tengok :)

emilia said...

haha..kek pisang retak seribuU..jemput la mkn sekali k.ijan ade lai ni ;) utk mikael pun ade