Bahan-bahan ( 10 biji )
>> ROTI<<
125ml air
30g telur
250g tepung roti
25g gula
12g susu tepung
4g garam
25g butter
4g dry yeast
>>COOKIE<<
150g tepung gandum
45g gula halus
4g baking powder
30g butter
50ml telur
20g chocolate chips (emi ganti dengan serbuk koko)
Cara-cara
- Masukkan semua bahan-bahan untuk roti ke dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat doh. On kan. Tunggu siap.
- Disamping tu sediakan cookienya. Pukul butter sehingga jadi bentuk cream. Kemudian masukkan gula.. pukul sehingga putih.
- Masukkan telur. Kacau biar sebati dengan butter.
- Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk butter tadi. Kacau biar jadi doh.
- Kemudian bahagikan kepada 2. Satu bahagian letaklah chocolate chips. Dan 1 bahagian lagi tanpa chocolate chips
- Kemudian balutkan dengan plastik pembalut (plastic wrap). Simpan dalam peti sejuk sementara nak digunakan sekurang-kurangnya 20 minit.
- Keluarkan doh roti dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Rehatkan lebih kurang 10~15 minit dengan meletakkan kain lembab di atasnya.
- Keluarkan cookie dari peti ais. Bahagikan kepada 10 bahagian. 5 utk chocolate chips dan 5 utk yg tanpa chocolate chips
- Canaikan cookie .Letakkan cookie ke atas roti .Celupkan bahagian cookie ke dalam gula. Potong bahagian cookie seperti dalam gambar.
- Biarkan naik 2 kali ganda atau boleh penaik dgn oven pada suhu 30C selama 35~40 minit.
- Bakar dalam oven selama 10~12 minit pada suhu 180C
Sebelum dibakar.....