Sunday, February 28, 2010

Donut III

Harini ade majlis sambutan besday so buat la donut ni sebagai buah tgn.buat sekali 2 adunan dah siap2 frozenkn pgio tdi tghri tgl goreng jer.resepi asal drpada k.hana dan kli ke 3 buat guna resepi ni cuma kalini guna baking powder lak sbb stok pelembut roti tu da abis pulak..okey ni resepi ulang2an CnP yer..

Bahan-bahan

•200g tepung roti
•50g tepung gandum
•25g gula
•4g garam
•5g yis
•4g bread improver - resepi asal baking powder
•18g shortening
•1/2 biji telur
•100g susu segar
•50ml air
•gula tuk glaze

Cara-cara

•Campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam BM. tekan menu doh dan ONkan. tunggu hingga siap.
•Jika menggunakan cara manual, uli semua bhn hingga tak melekat dtangan.
•Biarkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
•Kuarkan doh, tumbuk2kan dan terap doh menggunakan doughnut cutter@tangan.
•Biarkan naik sekali ganda lagik dan panaskan minyak, goreng hingga keemasan. Angkat dan sejukkan. Tabur gula.

proses mem"frozen"kn..

Selepas digoreng, siap tuk dibawa..

Saturday, February 27, 2010

Ayam Goreng Berempah


Salam kembali semua..mmm macam nk demam blik je bdn ni..adeh..hidung pun da mula selsema. Harap jgnla melarat. okey hrni wat menu ayam goreng berempah dr kak dayang ni. tekak tgh xsedap ni pun sedap je meratah ayam ni. Siap perap semalaman lgi dr malam tdi..thnks to k.dayang..mintak izin copy tuk rujukan akan dtg yer..

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan :

•1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
•1 sudu besar serbuk kari daging
•1 sk serbuk kunyit
•4 ulas bawang putih tumbuk
•1 inci halia tumbuk
•1 sudu makan serbuk paprika -xletak
•1 sb serbuk cili @ cili kisar

•1 tangkai daun kari -xletak
•garam secukupnya
•1 sudu makan gula pasir -xletak
•1 sk serbuk ketumbar
•1 sk serbuk jintan putih
emi tambah tepung katakuriko sikit tuk lebih rase ranggup.

Cara-cara : Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap 1 jam atau lebih sebelum digoreng.

Orange Lassi


Salam dihujung minggu ..skrg ni rase kejappp betul da ujung minggu kjp je mase berlalu..hari ni sajian dimulakan dengan menu yg dah lame tertunda. mmg antara minuman fav ni. Sllu ni minum manggo lassi je kli ni try pulak resepi orange lassi dr LOVE pula..wahh mmg xleh nk benti minum ni...xcukup2 rase. leh buat menu ulangan ni nnti thank you very much love 4 sharing recipes..

Bahan-bahan
•3 Mandarin Oranges ~ peeled and unseeded (emi guna jus orange)
•1/2 cup of yogurt
•2 tbsp sugar
•ice cubes
•add some cinnamon powder -xletak xde stok.

Cara-cara
* Blend all ingredients till smooth. Serve chilled!
* If U prefer more flavour, add some orange juice...

Friday, February 26, 2010

Hot Honey Prawns

Errkk betul ke tajuk tu..suke suki je bg nme..xkisahlaa salah ke betul ye..Makan same2 dengan gulai tempoyak itew..sape yg belum mkn tu jemputla makan sekali layan dri senduk nasi sendri yer..saje buat sambal udang stail gini..main campur2 je..

Bahan-bahan
1mangkuk kecil udang-bersihkan
2sb serbuk cili/cili kisar
1/3biji bawang merah dan 2ulas putih di blend
2sb air asam jawa
1sb madu
garam secukup rase.

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
  • Masukkan pula serbuk cili yang dibancuh dgn sedikit air.
  • Masukkan udang dan air asam jawa.
  • Akhir sekali masukkan madu dan sedikit garam. Masak hingga pekat.
  • Hidangkan.

Gulai Tempoyak Pucuk Paku

Dah lunch belum? Menu kami hrni menu ala-ala kampung sikit. Gulai tempoyak pucuk paku. Mane dpt tempoyak? kan kat suppa ade jual tempoyak..hehe xdela stok2 zaman lepas..jgn takut yer masih elok dah mendapat kelulusan QC lgi ni..Lameee xmkn nii..pucuk paku tu beli yang dalam paket tu jer..mne nak dpt yg fresh dr ladang kat sini ni kan..jom layan resepi cara simple je ni..

Bahan-bahan
2paket pucuk paku
10biji cili api-tumbuk
1/2sk serbuk kunyik-kalau ade daun kunyit racik lg sedapni
1mangkuk santan pekat
2sb tempoyak
garam secukup rasa

Cara-cara

  • Masukkan cili api bersama santan dan serbuk kunyit sekali. Biarkan api perlahan.
  • Bila mendidih masukkan pucuk paku dan garam.
  • Kemudian diikuti dgn tempoyak.
  • Masak hingga pekat. Siap
pucuk paku yg leh dapat kat suppa tu mcm ni..

Kemas ~ progress 1

Salam hari jumaat yg mulia dan penuh berkat ini. bersama2 sempena hari keputeraan Nabi junjungan kita Nabi Muhamamad SAW, 12 Rabiulawal 1431H. Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua umat Islam..Selawat dan salam buat nabi junjungan..

Hari ni nak entry sikit pasal proses kemas mengemas part 1 ni. heh siap berpart2 lak ekk. okey ni la ghupe progress mengemas yang baru 1/3isi rumah kami jalan kan. agak risau gak muat ke tidak kontena tu nnti. Tapi B jamin sure muat..kotak2 tu banyak penuh dgn buku2 b. dan sedikit barang2 keperluan lain. Baju2 pulak kebanyakannyer kami pack dalam plastik jer boleh berfungsi sebagai kalis hentakan dan kalis calar dalam kete nnti. Kebanyakkan barang2 yang mudah pecah akan dimasukkan dalam kereta manakala kotak2 buku dan brg2 yg besar2 yang lain akan ditempatkan disekeliling luar kereta dlm kontena tu nti. harap mudah la urusan tu nnti. dan semoga selamat semuanya sampai dalam keadaan baik.

Hari yang telah ditetapkan untuk penghantaran brg2 ni ialah pada 15 Mac nanti. Tarikh ni agak awal supaya memudahkan urusan pemeriksaan kastam dan urusan2 lain sebelum kapal tersebut akan berlepas pada 23 hb. Kapal ini pula di jangkakan sampai ke pelabuhan klang 1bulan ke 1 1/2 bulan selepas itu dan seterusnyer proses2 urusan kastam dan lain2nya di Malaysia nnti..hrp semuanya berjalan lancar la hendaknya aminn..


Antara barang2 yang dah siap di pack..penuh dan bilik yg satu ni dgn kotak2 dan plastik2 yang da siap dipacking. dah mcm stor da..

Wednesday, February 24, 2010

Mini Udon

Salam dipetang hari semua..saje nk mngetry pasal mini udon ni. mmg sllu gak buat tuk anakanda ku sorang itew. kire fav food iman la ni.. emi buat simple je byk bhn yg xde..klo nk resepi yg terperinci sila ikut resepi ros ni sebagai rujukan..tumpang salin sini ye ros..

Bahan-bahanya
Sup Udon
3 1/2 cawan air
3 inci kombu ( ros guna sehelai kombu yang kering dan siap potong tu)- lap dulu permukaanye dengan kitchen towel.
1/4 ( suku) cawan soyu
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil dashi ( serbuk stok ikan)- kalau takde leh guna dry bonito flakes
2 ikat udon kering
Untuk topping
(tempura udang, chikua, nori ( seaweed) yang dihiris halus dan hirisan negi ( daun bawang).

Caranya

1. Rebus kombu bersama air, hingga menggelegak dan sehingga kombu kembang, keluarkan kombu, kemudian masukkan dashi.

2. Kacau sebati, akhir sekali masukkan soyu, gula, biarkan mendidih dan tutup api.

3. Rebus udon kering mengikut arahan pada paket, goreng tempura udang dan chikua, hiris negi nipis-nipis.

4. Cara penyedian, masukkan udon di dalam bekas dan curahkan dua senduk sup udon, susun udang dan chikua tempura, akhir sekali tabur negi dan nori ( seaweed) yang telah dihiris halus, sedia untuk dihidangkan, sedap dimakan panas-panas. Selamat Mencuba.



Zenzai, Shiruko

Salam semua..mm hrni kureng sihat la mcm nk demam tekak da mula perit2. adeh..hrp cpt2 la sht byk bnda nk uruskanni b4 balik. Dlm pada xsht ni tekak terasa nk mkn manis2 + lembik2 gitu.teringat mochi yg da lame di frozenkan dulu dan stok kacang merah yg da beli bru2 ni. so search internet cari menu zenzai ni. b4 ni tgk kt umah k.nornaza ade buat. ni resepi emi cri dr internet..mudah jer.. cuma emi cut mochi tu lebih kecil mudah nk mkn.

1. Put boiled azuki (red beans) or azuki paste and water into pan.
2. Mix well and boil gently 5 mins.
3. Bake rice cake in oven untill swelled and golden.
4. Pour azuki and water mixture in plate put baked rice cake on top.
Note : If you like smooth texture, use red bean paste instead of boiled azuki and the dish is called Oshiruko

gambar pinjam dr uncle google..sumber http://www.nibbledish.com/people/1000sunny/recipes/zenzai

Ape itu mochi ape itu zenzai? ni cik wikipidea tlg jelas kn

Mochi (Japanese: 餅) is a Japanese rice cake made of glutinous rice pounded into paste and molded into shape. In Japan it is traditionally made in a ceremony called mochitsuki[1]. While also eaten year-round, mochi is a traditional food for the Japanese New Year and is commonly sold and eaten during that time. Mochi is also a prominent snack in Hawaii, Taiwan and Thailand

Zenzai..Shiruko (汁粉?), or oshiruko (お汁粉?) with the honorific "o" (お), is a traditional Japanese dessert.[1] It is a sweet porridge of azuki beans boiled and crushed, served in a bowl with mochi.[1][2] There are different styles of shiruko, such as shiruko with chestnuts, or with glutinous rice flour dumplings instead of mochi.

Tuesday, February 23, 2010

Chocolate Roll

Yatta..hehe berjaya juga meroti hari ni. Ingat nak buat inti kacang merah tp leceh pulak nak masak intinyer tu so buat je la versi cekelat ni. klo nk gnti dgn hotdog pun bole. Idea bentuk roti ni tgk dr blog kak noreen. Cantik2 rotinyer tu yg teringin nak try.. okey jom minum ptg masih pns ni..iman da 2 ketui ni..cpt..


BAHAN-BAHANNYA :-)
190 g tepung roti (high protein flour)
50 g gula halus
2 g garam halus
6 g instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1 kuning telur
50 g susu segar
60 g "water roux" (resipi di bawah)*
30 g mentega



inti: emi guna krim cokelat

BAHAN "WATER ROUX"
50 g tepung gandum*
250 ml air*(*disatukan, kacau rata dan jerang dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga adunan bertukar menjadi seakan2 berkanji. Matikan api, sejukkan. Guna seperti yang disyorkan dalam resipi. Selebihnya ditutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan 3 hari...rupa "water roux" seperti gambar di bawah).

Cara-cara:

  • Satukan semua bahan di atas kecuali mentega, gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang lembut dan anjal (kurang lebih 20 - 25 minit), kemudian alih adunan ke dalam bekas dan tutup dengan plastic, biar kan 1 jam hingga adunan kembang.
  • KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan ke dalam bread maker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Biar hingga siap, dari proses mengadun, menguli dan memerap mengambil masa 1 jam 30 minit....(ikut BM memasing yeaa).
  • Keluarkan adunan, uli sekejap untuk membuang udara, biarkan 10 minit. Bagi2 adunan ke beberapa bahagian yang beratnya setiap satu 45g. Sediakan tin yang telah disapu dengan sedikit mentega.
  • Ambil 1bahagian dan leperkan seperti gambar 1. letak inti dan gulung seperti gambar 3.
  • Potong hujung yang lagi satu dengan pisau seperti gambar 2. Lipat jalur2 seperti gambar 4. Buat sehingga habis.
  • Biarkan doh naik 2 kali ganda.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing2.
  • Sapu mentega pada permukaan roti sejurus keluar dari oven.
  • Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang....

Mashed Potatoes


Salam..pagi tdi buat mashed potato ni jer. terkejut kentang2 ku da berakar2. so ape lagi terus la plan buat kentang putar ni. iman pun suke. Cuma emi buat style simple je. skrg ni da mula sibuk nk kemas2 so msk pun kena pntass..Smlm hb bgtau brg2 kne masuk kontena lebih awal dlm 15hb pastu 10hri b4 balik..mmg pth kaki trs la kete, beskal msin basuh, pti ais n brg2 lain sume kne naik kontena da..hrp dipermudahkan la..okey ni resepinyer yer..

Bahan-bahan
5biji kentang di rebus dan lecek
2sb mentega
susu segar
garam secukup rase
1/2 kiub ayam
1sb tepung jagung/katakuriko


Cara-cara

  • Rebus dan lecek kentang putar. Campurkan sedikit garam.
  • Panaskan kualai dan masukkan mentega diikuti dengan susu dan kiub ayam.
  • Pekatkan dengan bancuhan tepung jagung/katakuriko.
  • Tuang ke atas kentang lecek tadi. Siap

Monday, February 22, 2010

Ikan Bakar & Air Asam

Menu ala2 diet gitu ..ikan bakar dengan air asam dengan sayur goreng.tu je menu lunch kami hrni. janji kenyang. bila mkan ikan bakar ni mesti ingt kat family. klo kumpul ramai2 mesti abh gi cri ikan terubuk beso pastu adik lak bakar. makan ramai2 best betul bila silang2 tangan tu..meriah nyer rase..bile pk bnda2 gini la rase xsbr nk blik msia..hehe vekey ni resepi air asam cara bondaku tercinta..rindu air tgn mama la..
Bahan-bahan
1cawan air asam jawa
1/2 labu bawang besar hiris
1-2biji tomato -potong dadu (xltk xde stok)
10biji cili api kampung-potong kecil
1inci belacan bakar
sedikit cili sos
sedikit kicap
sedikit gula
perahan limau kasturi-emi xde

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan-bahan dlm mangkuk dan gaul sekata agar semuanya larut sebati.
  • Pekatkan dengan sos cili dan kicap utk warnakan sedikit gelap.
  • Perahkan limau kasturi..sedia tuk dimakan bersama ikan bakar.

Air Barli Suam

Salam hari isnin..permulaan segala hari..bg yg keja tu jgn malas2 key..no more monday sickness key..hehe okey..tghri ni saji minuman org sakit dulu yer..allhamdulillah da semakin ok cuma kne minum air byk2 sikit. Td borak2 dgn k.syida, ada pesan suh minum air barli. baru teringat mmg b4 ni pun org suh minum air barli tuk lawaskan kencing kebetulan stok pun ade so buat la ala2 suam2 kuku dan manis2 buah je gitu..okey..resepi xyah la yer cuma nak kongsi sikit khasiat barli ni..
  • Barli (sya'ir) sebagai penyejuk badan. Rasullah pernah memberi minumam/sup barli kepada org yg demam utk menyejukkan badannya.
  • Menurut smartherb..BARLI BAKAR:Khasiat utama Barli bakar ialah untuk menjaga dan membersih buah pinggang terutama untuk melancarkan process percernaan dan pembersihan darah. Ia akan menghindarkan penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang seperti penyakit batu karang
  • Kebaikan minum air barli yang lain:
    •Menyejukkan badan
    •Baik untuk orang yang demam
    •Melawaskan kencing
    •Mencegah dan merawat batu karang

Sunday, February 21, 2010

Popiah Goreng Special

Hari ahad yg cerah dan ceria..buat ape hujung2 minggu ni?Kami ni dok umah jer ptg kang bru keluar ade mjlis pot luck sikit. Pagi ni breakfast popiah, jumaat hrtu da beli kulit kes terliur tgk popiah ros la ni hihi. hrni dpt gk mkn. Emi selalu buat popiah style gini..dah pernh post b4 ni tp emi salin blik yer..

Bahan2
10 helai kulit popia
1/4 kubis-diracik halus
1/4 batang lobak-diracik halus
1 keping daging burger/daging cincang- emi guna dgg ayam
sedikit perasa ayam
sedikit tepung yg dilarutkan dgn sikit air-sebagai gam
air dan garam
minyak untuk menggoreng

Cara2
  • Panaskan minyak dan goreng seketika dgg ayam. Bila da sedikit garing masukkan kiub ayam, lobak dan kubis dengan sedikit air dan garam.
  • Masak hingga lembut. Angkat dan tapis supaya airnyer tos. Simpan air ini untuk sos. Sejukkan.
  • Masukkan sedikit inti ke dalam kulit popia dan gulung. Gamkan dengan bancuhan tepung tadi. Buat sehingga habis.
  • Goreng popiah hingga keperangan.Angkat dan toskan minyak.
  • Sos*sos cili + air tapisan tadi + cuka ikut kepekatan yg disukai, Kacau rata. Siap

Saturday, February 20, 2010

Nasi Minyak Jus Oren II

Menu dinner kami hrni. Semangat betul hrni rase memasak.ntah knpe ntah.hehe..alang2 dah buat rendang ayam tu buat la sekali nasi minyak jus oren ni. Kombinasi yg kena kan..ni kali ke 2 buat nasi minyak jus oren Ros ni. Suke sbbnyer xmuak sgt dan ade masam2 sikit. suke2..thnks ros..cuma emi tambah sikit pewarna kuning sebab oren emi ni xnampak color laa tapi air mmg byk..tuk resepi leh tgk entry lame kat sini yer Nasi Minyak Jus Oren atau di jintanmanis.com

Rendang Ayam

Hari ni b request nk makan rendang ayam. Kebetulan ade ayam tua yg lame dok membeku dalam freezer tu. Pas rebus lame bg lembut ayam tu baru masak rendang ni. Jangan pelik yer tgk rendang ni berkuah byk..bukan kari okey.. kami mmg suke kuah rendang yg ala-ala banjir gini..gaul dgn nasi mmg best..sape yg xsuke tu diam2 je yer..okey emi ikut resepi sebelum2 ni cuma emi pelbanyakkan lagi rempah ratus tu bg baunyer kuat sikit..

Mee Ladna

Salam dihujung minggu semua..smlm agak bz n bdn xsihat sikit. (bukan demam cuma adela sakit2 sikit)ptg tu gi klinik pas kena injection n mkn ubat bru rase ok sikit. isnin ni kne dtg checkup lagi. okey ni menu dinner kami mlm tdi..best woo mkn panas2..hehe masuk bakul angkat sendri.tp klo da sejuk mmg xsedap..bertambah-tambah kami makan..resepi amik dr majalah Rasa keluaran oktober resepi mee kungfu ala melayu tapi emi edit sikit tuk jadi mee lakna ni..

Bahan-bahan
3bungkus kecil mee kuning
5ulang bawang putih-ditumbuk
5biji cili api-ikut kepedasan
1ikat sayur sawi
1/2 batang lobak-dihiris
2ketul isi ayam-hiris nipis
1gengam udang
1kiub stok ayam
2sb tepung katakuriko(tepung jagung pun bole)
2sb sos tiram
air
garam secukup rasa

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Kemudian diikuti dengan hirisan daging ayam dan udang.
  • Masukkan pula air, lobak dan sos tiram. Bila mendidih masukkan sayur sawi dan pekatkan dengan bancuhan tepung katakuriko.
  • Perasakan dengan garam.
  • Tuangkan kuah di atas mee kuning yang direbus/digoreng.
  • Sedap dimakan panas-panas


panas2 lagi ni..

Friday, February 19, 2010

Oreo Cococrunch Muffin

Salam..ohaiyou~dah brkfast ke?hrni makan muffin sbgai bfst. Mood kureng sikit hrni bdn kurang sihat dr smlm. So xde nk cite pnjang jom layan muffin gabungan cmpuran bhn2 yg dah tinggal sikit ni yer. antaranyer emi bubuh white choc chip, cococruch versi bulat dan biskut ala-ala oreo..cuma emi terlebih ltk air pulk ptut 120gm jer..xpla jdi pedoman akn dtg.tu yg agk terbntut jer muffin ni. nasib rase msih ok. Ok,jemput mkn semua..cpat2 sebelum iman habis kn ni..hihi iman ke?

Bahan-bahan
Bahan A
170gm tepung gandum
2sk baking powder
1/2sk garam
Bahan B
1biji telur
65gm gula
55gm mentega cair
120ml susu
Bahan C
40gm white choc chip
40gm oreo-hancurkan
40gm kokocrunch

Cara-cara
  • Panaskan oven. Ayak bahan2 A.
  • Pukul bahan B dan masukkan bahan A yang diayak tadi sikit-sikit.
  • Kemudian masukkan pula bahan-bahan C. gaul sebati.
  • Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar suhu 190drjh selama 20minit.


Thursday, February 18, 2010

Weekend di Zoo Tokushima

Hari sabtu lepas kami gi zoo area Tokushima ni. Dah dok sini xpernh lagi pergi kan. Saje la nak bawak iman mengenal binatang dengan lebih dekat lagi. Sebelum ni tgk kat Tv n buku jer.. alhamdulillah banyak da binatang2 yg iman kenal n dapat sebut. seronok gak la gi sane hehe bukan budak je suke makbapak budak pun join happy..okey layan gambar2 yg sempat diupload ni yer..mari mengenal haiwan.. :)


balai pameran lukisan..

Meircat..yg biasaada kat Afrika..





tgk brown bear ni sedap btul ber'onsen' hehe..kimochii~




Captbara..spesies tikus terbesar..
burung kondor dgn flamingo


rht jp minm air..