Monday, January 18, 2010

Nasi Minyak Jus Oren

Harini pulak try menu nasi minyak versi ros. Sedap gak resepi masi minyak yg satu ni. Tak rase muak sebab ade rase masam2 jus oren tu. Jus oren tu pulak emi perah dr limau2 so kire pekatla. Emi tambah sikit susu mase tanak nasi tu. Cuma emi xletak kismis n badam sebab hb xsuke. Still sedap walaupun dimakan begitu saje..resepi asal leh tgk kat blog jintanmanis ni yer NASI MINYAK JUS OREN. Thanks ros...lain kli leh buat lgi ni..ni emi salin tuk rujukan mudah ye..

Bahan-bahan ( untuk menumis)
2 sudu besar minyak masak klu guna minyak sapi lagi wangi
2 sudu besar mentega atau marjerin

Bahan A
1/4 biji bawang besar
2ulas bawang putih, dicincang halus
2 cm halia, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 cawan air ( kalau tukar dengan susu sejat ideal lagi sedap)
1 cawan jus oren ( boleh diganti dengan bancuhan kordial sunkist)
3 cawan beras biasa atau beras jasmine atau beras basmathi, basuh dan tos kan.
1 ikat daun pandan

Cara-caranya.
1. Panaskan minyak dan mentega kemudian tumis bahan A hingga wangi, kemudian masukkan beras dang gaul sebati, kacau selalu dan biarkan sebentar.

2. Selepas itu curahkan beras tadi didalam periuk dan dan masukkan daun pandan dan kismis serta daun pandan, masak seperti biasa dan akhir sekali masukkan kacang gajus dan gaul rata.

3. Hias nasi minyak tadi dengan bawang goreng, dan sedia untuk dihidangkan bersama, lauk sampingan yang lain. Selamat Mencuba.

Nota: Kuantiti air sila ikut sukatan beras masing-masing ye, kalau nak tambah perisa pada nasi minyak ni boleh tambah 1 kiub pati ayam.

4 comments:

Anonymous said...

Sebelum wat balik ketam, izinkan hamba makan sepinggan nasi minyak jus oren ni dulu. Terliur tgk nasi petak macam tue... teringin makan nasi minyak kenduri pulak :)

emilia said...

amboi mcm2 pulak teringin ni..ade pape ke..hehe jemput la mkn

Sue @ Nenie said...

Nasi minyak jus oren....mcm boleh cuba buat ni...

emilia said...

buat2..sedappxrugi cuba..promote ni :D