Sunday, May 31, 2009

Mee Jawa Udang

Menu dinner mlm td. Mee Jawa udang..

Bahan-bahan ( 3 org ):-
3bungkus mee kuning - dicelur
taugeh
1 keping tauhu - digoreng
2biji telur rebus
daun bawang
cili merah
limau nipis

*** utk kuah***
Beberapa ekor udang
50gm udang kering *
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih *
1 cm halia *
4tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)*
1 sudu besar rempah kari daging
100gm kentang/ubi keledek (direbus dan diblend)
sawi
minyak utk menumis
2sb gula perang (kurangkan klo xsuke manis)
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara

  • Kisar sehingga hancur bahan-bahan bertanda*.
  • Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg telah dikisar dan ditumis sehingga naik bau.
  • Bancuh serbuk kari dgn air dan masukkan ke dalam periuk. Tumis sehingga naik minyak.
  • Masukkan udang, kentang/ubi keledek yg telah diblend tadi dan air mengikut kepekatan yg disukai.
  • Masak sehingga mendidih dan masukkan sawi. Tambah sedikit garam dan gula.
  • Hidangkan mee bersama taugeh, telur rebus, tauhu goreng dengan hirisan daun bawang dan cili potong. Sedap dimakan panas-panas bersama perahan limau nipis.

Friday, May 29, 2009

Daging Goreng Nenas


Menu dinner smlm..lebihan nenas wat msk daging grg nenas ni. Sedap gk rsenyer. Masam2 manis.. Bagi yg belum cuba..cuba laa..resepi asal dr NURE myr. tenkiu yer~~
Bahan-bahan ( 4~5 org )
500g daging dihiris
200g nanas (kalau guna nanas dlm tin anggaran 1/2 tin) dihiris
1bj cili benggala (atau cili merah) dihiris
2 sd besar sos tomato
2 sd besar sos tiram
1 sd besar rempah kari daging
1 sd kecil lada hitam (dikisar)
1 kuntum bunga lawang dan 2 btg cengkih
bhn ditumbuk: 3ulas bwg putih dan 1 cm halia
minyak masak dan garam

Cara-cara

  • Panaskn minyak utk menumis. Tumiskn bhn ditumbuk, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.
  • Masukkn rempah dan goreng sampai garing. Kemudian masukkn daging dan masak hingga daging empuk.
  • Masukkn sos tomato, sos tiram, garam dan lada hitam. Kacau lagi sampai rata.
  • Akhir sekali, masukkn nanas, cili benggala dan masak lagi selama lbh kurang 3 minit.
  • Sedia utk dihidang bersama nasi panas.

Wednesday, May 27, 2009

Apple Cake

Apple cake tuk minum petang..nyumy2..bru 1st time mkn apple cake..huhuu kesian betul. Sedap rupanya yer hihi. Epal ni da berkurun dlm peti ais bru plan nk buat apple cake ni. Buat byk ni..xhabis mkn berdua..sape nk mkn angkat tgn..hihi..Ni resepi dr k.yani. Mmg best la k.yaninyer resepi2.

Bahan-bahan ( 18x18 cm )
1 biji epal
100g mentega-suhu bilik
80g gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telur
100ml fresh cream/whipping cream
150g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder


Cara-cara
  • Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
  • Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  • Masukkan telur satu persatu sambil dipukul. Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  • Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C . Siap untuk dihidang..

Pizza Daging

Harini wt pizza lg. nk perabis kn cheese yg tinggal seciput je tu. B pun suke mkn pizza. da byk kli mintk pizza. so hrni wtla..resepi tgk kt n3 lme yer, kt sini. Cuma kali ni gnti air dgn susu segar. hasilnyer lebih lmbut. Jom mkn!!

Tak Sihat

2hri ni xsihat sgtla..demam sakit tekak selsema. Risau gk ..dgn virus H1N1 tu. ikss mintk jauhkan la. Dah xlrt nk bgn ni, b offer tuk msk..hureyy la.. lme tul b xmsk.. hihi. Siap msk gulai udang ngan kubis grg belacan. skill memasaknyer msh lum ilang walaupun lme xpegang sendok. bertambah2 bininyer ni mkn dlm xsihat..ni la menu yg b msk..TENKIU very muchhhh B..!! lenkli leh msk lg yerr


Monday, May 25, 2009

Kuih Dangai@Rangin

Tak pernh dgr name kuih ni sblm ni. tp nk try sbb tgk bhn2 semua ade. tepung pulut n kelapa pun msih byk stok. So trs je buat. resepi pun mudah jer. Bila rse bru ingt pernh mkn dlu.tp xingt lak kt mne. Habis kuih ni emi mkn sowrang..hb xsuka kuih2 kelapa ni..hihi. Mmg makan xhinggat laa!!..Resepi asal dr K.As myr. Tenkiu K.As yer..ni nk c&p yer

Bahan-bahan ( loyang bulat 19cm (dapat 2 keping) )
2 cawan kelapa parut (guna kelapa kering + 1/2 cwn air &

panaskan dimicrowave)
2 cawan tepung pulut
1 cawan gula( manis ikut suke)
sedikit garam


Cara-cara
  • Gaul semua bahan (kelapa, tepung & gula)
  • Masukkan kedalam loyang, bahgian bawah ditekan sedikit.
  • Panaskan dalam oven pada suhu 180 selama 5-10 min (hingga sedikit keperangan) boleh juga dimasak ats dapur dgn api kecil.
    Setelah siap biarkan sejuk dan dipotong..

Kek Batik Biskut Marie

Hari sabtu malam hari tu ade wat usrah kt sini.mmg tiap2 mggu klo xde ape2 hal mmg org2 msia sini akan kumpul wat usrah n mkn2 sikit. Main menu hrtu mee rebus k.isma..mmg sedap n terangkatt..emi lak part wt cucur n dessert. Wat kek batik ni jer sbgai dessert. kebetulan biskut marie dr msia tu byk lgi so pkat buat kek batik ni. Resepi awal kt sini. Dan yg ni pas di ubah ikut selera emi yer..

Bahan-bahan
300gm biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
2sb milo
1 cwn air
3/4 cwn gula
1sb krimer
** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara
  • Dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  • Masukkan butter,kacau sampai butter cair. Kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat) kemudian padamkan api.
  • Masukkan pula biskut yg dah dipatahkan. Kacaukan sampai semua biskut diselaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  • Masukkan dlm bekas dan tekan2 sikit bg padat. Simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

Friday, May 22, 2009

Jom kita riadah..

Lame betul xkeluarkan peluh.. baru2 ni b da bookingkan dewan tuk bdk2 msia main futsal n badminton setiap hari jumaat n ahad. Rugi lak xtau awal2 klo x boleh start aktiviti ni dr dlu..da la FREe pulak tu. So harini pas slt zohor trus gi. jln kki jer dekat kan..5minit jer. org2 laki main fitsal yg pompan main badminton..wahh best betul lme da xmain. Si iman pun nmpk hepi jer main2 srg2 haha..berlari sane sini. Ahad nnti mungkin lebih rmi la yg dpt dtg. ni rmi yg ade kelas. Jom kita tgk gmbr2 yg smpt di snap dgn hp ku ini..tp gmbr tgh main bdminton xde org nk amik daa
Dak kecikni pun nk main badminton gk..ke hulu ke hilir bwk raket.
Iman nak main bola gakk..

Dlm gol pun nk msuk..caKK!

Thursday, May 21, 2009

Ikan Masak Ala Jawa

Ni N3 ku yg ke 100. diam xdiam da ke 100 da sejk mula blog ni dibangunkan sekitar july 2008. Tapi start betul2 m'blog' ni dlm 2009 ni jer..ok2..ni resepi tuk harini..resepi asal dr myr. leh tgk kt sini. Resepi ni mmg kena dgn selera jawa kami ni..hehe hb mkn td pun berselera jer tgk walaupun mkn srg2..bininyer ni teman mkn jerla..(pose laa hari ni).Jom tgk bahan2 nyer..

Bahan-bahan
4 ketul ikan - digoreng
10 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - diketuk
1 cawan santan
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

Cara-cara

  • Kisar semua bahan tersebut cili padi, bawang merah, bawang putih & kunyit
  • Panaskan minyak untuk menumis. Setelah minyak panas masukkan serai yg sudah diketuk biar 5 - 10 saat
  • Masukkan bahan yang sudah dikisar ke dalam kuali biar hingga naik bau @ kekuningan
    Masukkan santan, garam secukup rasa & asam keping
  • Biar 20 - 30 minit kemudian masukkan ikan yang sudah digoreng
  • Sedia untuk dihidang

Wednesday, May 20, 2009

Nasi Halia Kuning


Menu lunch harini..Resepi Nasi Halia Kuning ni tgk kt Trymasak.com. Resepinya simple jer. Makan dgn lauk ayam masak merah, acar nenas dan keropok goreng. Laa ni tgh tggu cik Abe ku balik mkn tghri. Hu huu..nasib baik ler umh dkt je dgn university, 5minit je jln kaki leh laa B blik mkn tghri, slt n lepak2 kt umh kjp..Jom laa kita layan resepi harini..jmput makan semua..

Bahan-bahan
1) Beras (2 cawan)
2) Halia - dihiris memanjang (1/2 sudu besar)
3) Bawang putih - dicincang (1/4 sudu besar)
4) Mentega (2 sudu besar)
5) Kiub pati ayam (1)
6) Serbuk kunyit (1/4 sudu kecil)
7) Air - untuk memasak nasi

Cara-cara
  • Mula-mula cairkan mentega. Kemudian tumis halia dan bawang putih sehingga naik bau.Seterusnya masukkan beras yang telah dibasuh bersih.Kemudian, hancur dan masukkan kiub pati ayam. Diikuti dengan air secukupnya.
  • Tambahkan juga serbuk kunyit/pewarna kuning dan kacau rata.Tutup periuk dan masak nasi seperti biasa. Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan periuk elektrik.
  • Hidangkan dengan ayam masak merah, acar nenas dan keropok.

Tuesday, May 19, 2009

Karipap Keledek

Teringin beno nk mkn karipap dr haritu tp xde kerajinan nk buat. Harini bru ler dpt buat, keledek pun ade so terus panas2kan 'ofis' dipetng hrni. MMmm.. tpi bab kelim mengelim ni mmg kecundang habis..huh!. Time nk posing kn karipap2 ku ini pun xtau mne yg nk duk depan sbb semuanyer bruk2 belaka..huhuhu..b4 this pun bljr kelim dgn B. B buat cntik n nmpk sng jer..Tanganyer lebih lembut wt kelim krpap dr bininyer ni..haha.. Dulu time bujang2 dlu B siap jual karipap kt universty time hari ala2 hari kantin university. Laku lak tu..org Jpun suke. Tu ade lg balance karipap tu.. tgu B blik lab ajr kelim arr..Wat malu jer..Yg penting 3ketul krpap da ku telan..huu..lepass gk rindu nk mkn krpap. Resepi dr k.Hana..mintk izin copy n paste yer..

Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam skit
air
INTI
5 biji keledek
2 sudu besar kari ayam/daging
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
air

Cara-cara
  • Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  • Untuk buat inti - keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  • Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering.
  • Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

Sup Kambing

Tarra..jom pekena sup kambing plak..Menu harini. Mudah je nk wat sup ni, lgi2 dgg kambing kat sini xyah nk kne msk lme. Mudah empuk. Sedap mkn sup ni dgn nasi panas atau dgn roti.

Bahan2
Daging dipotong nipis
Bawang diracik2
kayu manis
halia
2sb perencah sup
1sb sos tiram
garam secukup rase
Limau nipis

Cara-cara
  • Rebus daging dengan sedikit garam hingga empuk.
  • Tumis bawang, halia, kulit kayu manis dan perencah sup hingga naik bau. Tutup api dan masukkan kedalam periuk daging tadi.
  • Masak seketika dan masukkan sostiram n garam secukupnya.
  • Sebelum hidang perahkan dgn limau nipis.Boleh juga dimakan dengan sambal kicap/ sambal belacan

Monday, May 18, 2009

Custard Cream Pudding



Ni dessert utk minum petang harini. Sedap n lemak berkrim resepi k.Yani ni. Xrugi mencuba..Tapi emi wat 1/2 adunan jer, dpt tuk 2bekas lebiu tu..Makan ber2 dgn b jer..hihi..Nk cuba? Ni resepinyer..c&p dr Yani myr. Nak wat 1/2 adunan separuhkan resepi ni yer.

Bahan-bahan
2 biji telur
80g gula
1 sudu besar tepung kastad
240ml susu cair/susu segar
100ml whipping cream
sedikit esen vanila

Cara-cara
  • Masukkan telur,tepung kastad dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga semua sebati atau gula larut.
  • Panaskan susu sehingga hampir mendidih tp jangan sampai mendidih. Kemudian masukkan ke dalam no.1 tadi dan kacau.
  • Masukkan pula whipping cream dan esen vanila. Kacau sehingga semuanya sebati.
    Tapiskan adunan tadi dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
  • Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 180C. Guna kaedah waterbath(letak bekas puding dlm loyang/oven plate yg ada air. Air yg dimasukkan ke dlm oven plate tu biar kedalamannya lebih kurang 1cm) untuk bakar puding ni. Atau boleh juga dikukus. Sedap dimakan sejuk2.

Telur Bungkus


Telur bungkus pun N3 gak yer..hihi. Menu ringkas lunch hrni. Masak dengan lala masak lomak cili padi..Ni resepinya yg mudah dan ringkas..
Bahan-bahan
2biji telur
daging cincang
lobak merah
lobak putih(msuk je ape2 yg dlm esbox tu)
sos tiram
sos tomato
bawang
Cara-cara
  • Tumis bawang, Masukkan daging cincang lobak merah dan putih.
  • Masukkan sos tiram dan sos tomato. Angkat.
  • Pukul telur dan wat telur dadar nipis2. Letakkan inti tadi ditengah2. Lipat telur tersebut. Siap.

Pasni kita mkn dessert lak yer!

Sunday, May 17, 2009

Mee Rebus

Mee lagi..huahuahua..ni gara-gara nk perabih stok2 mee tue..Kali ni masak Mee Rebus lak. (YuhUu..k.Hana pun makan mee yer..)Memang mengancam resepi dr k.hana ni..Biase lerr resepi2 k.hana mmg mengancam2 belaka..Hehehe puji tinggi melangit ni k.hana:)..Sedap Ooo nk try ni resepi nyer...c&p ye k.Hana..
Bahan-bahan ( 4 orang )
400g mee kuning - celur n toskan
tauhu goreng - goreng n hiris
sawi celur dan taugeh
lada merah - hiris
daun sup/daun bawang - hiris
telur rebus
limau nipis@ limau kasturi
jeruk lada@ cili


UTK KUAH
5 btg atau lebih cili kering
segenggam udang geragau - hana tmbh skit udang kering
1/2 biji bawang besar @ 3-5 biji bwg merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 sudu makan sos tomato - leh ganti ngan air asam jawa
2 biji keledek sederhana - rebus dan blend ngan air rebusan daging@udang.
300g daging - rebus hingga empuk n hiris nipis. air rebusan ketepikan.
5++ ekor udang segar - rebus separuh masak. air udang ketepikan.
gula melaka
garam n perasa (jika suka)
air secukupnyer - jika kuah terlalu pekat


Cara-cara
  • Bwg besar@bwg merah,bwg putih dan lada kering potong2 kemudian goreng sekejap dengan minyak yg sedikit.angkat.
  • Blend bwg n lada kering td masukkan juga halia dan lengkuas hingga hancur. Panaskan minyak, tumis bhn blend hingga pecah minyak, masukkan sos tomato n udang geragau. tumis lagi.
  • Masukkan air rebusan daging,rebusan udang, daging n keledek.perasakan ngan garam n gula. didihkan hingga kuah agak pekat baru kaww! jika terlalu pekat sgt tmbhkan air yer..last sekali baru masukkan udang. tutup api.
  • Hidangkan mee ngan telur rebus, tauhu goreng, taugeh, sawi,limau kasturi/nipis, daun bwg, bwg goreng, lada merah, jeruk chili/jeruk lada dan curahkan kuah tadi. siap!

Saturday, May 16, 2009

MEE KARI AYAM

Mee kari lagi..hehehe..nk wt cmne da jdi fav kami..Lagi2 kt sini mee mmg murah, 1paket dpt 29yen jer (ke harge nyer mmg murah gitu kt mne2 pun??) So B mmg akan beli tiap2 minggu 6paket. Hari ni msk mee kari ayam..huhuhu kerang2 ku da abisS ler.. Jom kita layan mee kari dlu..
Mee kari Ayam
Bahan-bahan (2org)
Mee di celur
1bhgian daging ayam
3sb serbuk kari
1paket santan
sayur sawi
tomato
2biji telur rebus
1biji cili merah
1 keping asam keping
Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bancuhan kari hingga naik bau. Masukkan ayam, kacau sekejap.
  • Masukkan santan. Apabila mendidih masukkan sawi dan tomato. Rasekan dengan sedikit garam dan masukkan asam keping.
  • Hidangkan bersama mee, telur rebus dan cili merah potong.

Udang Sweet Sour

Berselera betul B mkn mlm td mkn lauk ni. Udang pulak jenis yg besoO & fresh2 pulak tu. Ala2 udang harimau gitu. Msk 4 ketul pun daa puas hati mkn ber2. Resepinya pun ringkas jer..

Udang Sweet Sour

Bahan-bahan
4 ekor Udang yg buang kpla
4biji tomato belah 2
1sb cili boh
4sb sos tomato
1/4 labu bawang besar
gula dan garam secukupnya

Cara-cara
  • Goreng udang hingga kekuningan dan angkat.
  • Tumis bawang dan cili boh. Kemudian masukkan sos tomato dan sedikit air.
  • Bila mendidih masukkan udang dan tomato. Masak seketika dan perasakan dengan garam dan gula.
  • Sedia untuk dihidang.

Friday, May 15, 2009

Kek Pisang Ala English

Wat kek pisang ni tuk minum petang. Check2 tepung tinggal sikit, xcukup nk wt 1adunan. baking powder, soda bikabonate pun same(huhu brg2 baking ku da out of stock..ptg ni kne beli ni..).Jadi wat jela kek pisang dr kak yati ni 1/2adunan jer. Lebih dr cukup pun tuk 2org mkn :).Resepi asal dr k.yati ni. yg kt bwh ni pas di adjust ikut bhn yg ade..dan tmbh susu sikit.Hasilnyer mmg sedap lembut dan gebuuUU. bukan nk puji diri sndri tp tu hakikatnyer..xcye tgk pic tu..hihi.. jemput mkn semuaaa..


Bahan-bahan (1/2adunan)

90 gm tepung
1 biji pisang ukuran besar
35 gm butter
1 1/2 sudu gula putih
1 sudu light brown sugar
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil esen wanila
1 biji telur
utk hiasan;
pisang di potong seperti dlm gambar
serbuk kayu manis
gula pasir/castor


Cara-cara

  • Pukul butter dan gula sehingga kembang , masukkan gula merah pukul lagi, kemudian masukkan telur dan pisang yang telah di lenyek, esen vanilla, pukul lg.
  • Masukkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat.Masukkan adunan tersebut di dalam bekas pembakar, susun pisang di atasnya dan taburkan serbuk kayu manis.
  • Bakar selama 45 minit dgn suhu 150drjh (emi tutup permukaan dgn aluminium foil utk 15minit pertama supaya pisang xkering sgt). Setelah keluar cepat2 taburkan gula di atas kek, biarkan kek sejuk dan baru di potong.

Thursday, May 14, 2009

Lala Goreng Kantan

Kat sini org panggil binatang cam lala ni "asari". Semalam b beli sampai 3 paket. Jualan murah..tp da siap kopek da..tgk2 freezer bunga kantan tu xterusik2 jer..lme tul dia membeku dan membatukan dirinya disitu. So potong2 masak campur2 bubuh halia sikit..sos tiram n tepung jagung sikit. Masak main campur2 jer..yg sedapnyer bau bunga kantan tu..fuhh~ mkn dgn nasi pns lunch td.

Yaki soba pan


Selalu gk nampk roti mee ni kt kedai2 sini. Pelik gk bile tgk mee mkn dgn roti. Harini try wat kebetulan bhn2 semua ade n teringat resepi k.ros kt Myr bru2 ni ade keluar. So try ler wat 1/2 adunan jer. Kenyang betul mkn laa..Resepi asal kt
sini . Resepi kt bawah ni pas diedit ikut kesesuaian BM dan kesesuaian bahan yg ade kt umhni..Hehehe. Alhamdulillah..mjadi pas ikut petua dr k.ita..suh tmbh 10gm lg tepung. Tp emi tmbh 20gm teruss haha amikk haa..Tp hasil memuaskan..xyah uli balik pas kua BM. Lembut n gebu jer walaupun guna tpg gndum. Mybe sbb ade bread softener tu kot. Fuhh~Setel da mslh:) Tq k.ita

Yaki soba pan ( roti mee goreng)

Bahan-bahan
160gram tepung gandum
1/2 sudu kecil yis
80ml susu segar (susu da abis..guna air jer)
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
1/4 sudu garam
1/2 sudu kecil bread improver
1 sudu besar susu tepung
*sedikit mee goreng sebagai inti bun*


Cara-cara
  • Masukkan bhn2 roti ke dlm BM. Set ON Dough.
  • Pas setel..tumbuk doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 2-4 bahagian kecil dan bentukkan bujur, susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air . Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  • Tips dr K.Ros*Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai.
  • Akhir sekali potong tengah bun dan isi dengan mee goreng.
    bila masak mee goreng untuk dijadikan inti bun ni, kalau boleh jangan guna sayur sawi ye, guna sayur kobis , baru sedap, wrap kemas bun dengan plastic wrap supaya inti mee goreng tidak terkeluar. Selamat Mencuba.

Wednesday, May 13, 2009

Buah melaka

B4 this ade try wat buah melaka ni tp xjdi. sbbnyer xde gula melaka. mse tu guna gula perang..tepung terus cair xleh nk bulat2kn. Harini buat lg gula gula melaka. Jadii!! senang je buat kli ni..yela brg2 ade jdi mudah laa kn.. Baru tau sbb ape nama kuih ni buah melaka..

Buah Melaka

Bahan-bahan
1cwn tepung pulut
sedikit pewarna hijau
sedikit pandan paste
sedikit air
gula melaka secukupnya
kelapa kering yg digaul sedikit garam.

Cara-cara
  • Gaulkan tepung dgn pewarna hijau, pndan paste dgn sedikit air sehingga boleh di bulat2kan. Jgn byk sgt air.
  • Bulat2kan dan masukkan gula melaka hancur di dalamnya. Bulat2kan dan msuk dlm air mendidih. Masak hingga buah melaka terapung ke atas.
  • Angkat dan golekkan dgn kelapa parut tadi. Hidangkan

Jus Peach Susu

Panassnyerr...jom kita minum dlu..Basahkan tekak dgn jus peach susu ni..

Bahan-bahan (2gelas)
3ketul peach dr tin
1/2cwn jus dr peach tin td
1cwn susu segar
air ikut kepekatan yg dikehendaki

Cara2
  • Blend semuanya sekali hingga hancur. Masukkan ketulan ais..Slurpp..

Tuesday, May 12, 2009

MEE ROJAK

Menu lunch harini. Guna ape yg ade dlm ice box jer. Lame betul xmkn rojak.. Ni wat ala2 rojak mamak..

Rojak mee

Bahan2
3paket mee kuning
1ketul besar dada ayam
2biji kentang dipotong kecil dan digoreng

Cucur:
2sb tepung, sedikit garam, perasa ayam, sedikit air. Goreng dan potong kecil2

Kuah kacang:
2sb cili boh
1cwn kacang diblend
2sb serbuk kari
sedikit asam jawa
1inci belacan
1sb sos tomato
gula dan garam secukupnya

Cara-cara
  • Rebus mee seketika dan toskan. Goreng kentang dan ayam dan potong kecil2. Goreng cucur dan potong kecil.
  • Kuah kacang:
  • Panaskan minyak dan tumis sedikit bawang, belacan, cili boh dan serbuk kari hingga naik bau.
  • Masukkan air ikut kepekatan yg dikehendaki dan kacang blend tdi. Kacau sebati dan masukkan sos tomato dan air asan jawa. Rasekan dgn sedikit grm dan gula secukupnya.
  • Hidangkan bersama-sama. Kalo ade timun lg best..

Ayam Terayaki

Menu dinner mlm tdi. Lebih ayam bbq tu wat ayam terayaki. Ni kli ke 2 msk resepi ni. Sedap dan mudah nk msknyer. Rase kali ni lebih sedap mungkin sebab guna ayam yg dipanggang ats arang. Ni resepinyer..c+p dr N3 terdahulu

AYAM TERAYAKI

Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau peha ayam
3 tbsp madu
4 tbsp kicap manis
1 tsp lada hitam di ketuk
1 tbsp sugar3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut1 tsp garam halus

Cara-cara :

1. Gaul semua bahan dan perap lebihkurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.
4. Hidangkan bersama nasi panas.

Monday, May 11, 2009

Hadiah besday Iman From Msia..

Harini brg dari msia sampai.. Barang berupa Hadiah hari jadi buat Iman dr Atuk,Uwan,Onyang, mmalong, pak lang n Mk Ucu..Terima kasih semua..Terharu ibu.. byk betul hadiahnyer..KLo kat msia ttu lbih meriah..xpe2 kita jumpe nnti yer..

Iman suke biskut yg uwan n atuk bagi..beriya makan

BBQ dgn warga2 M'sia, Indonesia Tokushima.

Semalam seperti yg dirancang BBQ bersama warga2 Msia & Indonesia Tokushima di Tsukimigaoka. Pagi tu smpat gak wat lg satu kek..kek coklat pulak buat tambahan dessert so dapatlah 2 bekas. Sampai2 kat tempat tu lbh kurang kul 1030 pg. Rmai gak org hrtu sbb ade hari keluarga Sanyo. Tempat pun penuh terpaksa cari kat kawasan lapang yg panas..tp mmg seronok. 1hrian kt sana. pas bbq kaum2 laki gi main football mana kala kaum2 wanita pulak bersantai2..macam2 lak tu mknan..nasi ayam, sate, ayam bbq, rusuk kambing dessert2 n mcm2 lagi. Kenyang giler werr..Iman lak sedap tido lak tu..lame betul tdo. sedaplaa ibunyer makan bertrip2 hihi..Ni antara gmbr2 sekitar mjlis tu..tp gmbr ramai2 tu xdelak..Apa2 pun terima kasih pada semua dimajlis itu..best2x

kek coklat & kek peach yogurt pas potong n da siap2 packing..

Kaum2 lelaki sedang sibuk membakar..

Makanan yg da siap untuk diserangg..
Iman pinjam topi akak umairah.. kepanasan..macam apek jual sayor!



Anak2 makan dlu yer..

Pertandingan tido!! sama tapi xserupa..haha

Kaum2 lelaki sedang bergumbira bermain bola..

Sunday, May 10, 2009

>>kek yogurt peach<<

Pukul 1230mlm..tgh2 malam ni wat kek..Iman pun da tdo, balik dr kenduri td pun da lewat, gi beli2 brg sikit. Esok komuniti Msia dan Indonesia kawasan sini wat mjlis BBQ. BBQ lagi...hahaha tiap2 minggu dok BBQ jer..bile lagi nk kumpul2 gini kan..nila musimnyerr! so kali ni emi di tugaskan tuk wat dessert. mlm ni wat kek yogurt peach tgk la esok pgi klo bgn2 terajin pulak wat lg stu kek. ok..kek ni resepi dr JIYA myr..
Bahan-bahan
½ cawan yogurt
½ cawan gula halus
½ cawan gula perang
3 biji telur
1 ½ cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
½ cawan minyak masak
buah peach (dipotong dadu)
Cara-cara
  • Panaskan oven 180 degree. Ayak tepung gandum dan baking powder.
  • Pukul yogurt, gula dan telur di dalam bekas.
  • Masukkan tepung bersama baking powder yang diayak tadi dan pukul lagi.
  • Masukkan minyak masak dan pukul sehingga semuanya sebati.
  • Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang.
  • Letakkan buah peach yang dipotong dadu diatas adunan.
  • Bakar pada suhu 180 degree selama 40 hinga 50 minit.