Friday, July 31, 2009

Coco smoothie

Semalam buat smoothie koko ni. Suke2 je letak nama smoothie ni. Main cmpur2 jer tp sedap je msk tekak. lgi2 time natsu ni..sambil minum petang mmg best.

Bahan-bahan (2glas)

1sb serbuk koko
2sb gula
1cwn krim
2sb aiskrim coklat
1sk serbuk mocha/coffee
2cwn ais ketul
1cwn air

Cara-cara

  • Blend semua sekali hingga hancur. Tuang ke dalam gelas dan hias dgn coklat rice/ coklat sirap atau ikut suke. emi xhias pun..hihi

Thursday, July 30, 2009

Paprik Ayam

Ni menu mlm tadi. kire 2 in 1 la..senang buat 1 lauk ade ayam & sayur2 skli. Mudah dan ringkas. Sesuai time waktu2 kemalasan melanda..ni resepinyer
Bahan-bahan
Beberapa ketul ayam-dipotong kecil
sedikit bawang tuk menumis
kacang buncis
lobak
kubis bunga
baby corn
2sb sos tiram
1sb cili kisar-gnti cili api pun boleh
2sb sos cili
4helai daun limau purut
sedikit air dan garam secukupnya
Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau dan masukkan cili giling.
  • Masukkan pula ayam dan masak sehingga empuk.
  • Kemudian masukkan sos tiran, sos cili dan sedikit air.
  • Bila mendidih masukkan sayur2 dan daun limau.
  • Tmbah garam jika xcukup masin dan sedia dihidang bersama nasi hangat.

Wednesday, July 29, 2009

Buttery Vanilla Cake

Lme pulak rase x mbaking kek asyik meroti jer..hrni search resepi2 kek ikut keperluan bhn yg de kt umh. ermm tp my resepi xleh bukak lak.godek2 jumpe resepi kek butter vanila ni kt resepi.net. Link leh tgk kt situ. dan yg ni saje nk copy paste sbgai rujukn emi..topping atas tu pulak emi guna whispping cream campur perasa coffea sikit. Tapi agak ssh la nk melepanyer cuaca pns kejap je da mncair. smbg lepa dlm peti ais ler haha..tabur serbuk koko sikit ats tu..
Bahan-bahan
125 g mentega (pada suhu bilik)
1 sudu teh esen vanilla (resipi asal guna 1 sudu teh vanilla bean paste)
3/4 cawan gula lastor
2biji telur
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung gandum (saya xde stok tepung naik sendiri, jadi hentam je guna 1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder, 1/2 sudu teh soda & 1/2 sudu teh garam halus)
3/4 cawan susu

Cara-cara

  • Panaskan ketuhar ke suhu 170c
  • Glis loyang dgn sedikit mentega, kemudian alas dgn kertas kalis minyak.
  • Pukul semua bahan pada kelajuan rendah hingga sebati~ emi pukul ikut step.
  • Apabila dah sebati, naikkan kelajuan ke kelajuan sederhana & pukul lagi hingga kembang (resipi asal suh pukul 2 minit je, tapi, saya dapati kurang cantik adunannya so, saya pukul je terus sampai kembang - anggaran 4 minit kot )
  • Ratakan adunan dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.
  • Sejukkan atas redai kek sebelum dihias ikut citarasa sendiri.


Buttery Vanilla Cake sblm bedak dgn krim..

Tuesday, July 28, 2009

Iman di atas bumbung dan kebun kecilku

Nila bumbung tingkat ats umah emi. Bangunan ni tingkat ke 4.umah emi tingkat ke3 mmg xde sape2 yg naik atas ni melainkan kitaorg haha..kat situ gakla tempat kami berbakti pada tanah hihi..tanam dlm pasu je pun. Ruang ni agak luas dan bersih so mmg sukala iman berlari kesana sini..jdi playgroud die la..tiap2 hri bawak naik atas ni, sambil siram2 pokok dan teman iman bermain..jom tgk video iman sedang berlari bergumbira~


Iman bermain bola..

Sayur bayam merah baru mula nak membesar.. Yg kiri tu pokok strawberry-1pokok msih hidup dr musim bunga hrtu

Kangkung-siap sedia tuk dituai kli ke2-

award Red Rose

Award ni drpda mma hawa..kenalan rakan blog..salam perkenalan dan selamat berkongsi resepi mma..tenkiu 4 da beautiful award..

Monday, July 27, 2009

Nasi ayam madu

Lame da xbuat nasi ayam..hrni buat tuk lunch..tp msk lewat sikit sebab kenyang pasta pgi tdi msih terasa..kli ni buat nasi ayam versi madu pulak resepi dari Nadia kt myresepi...jom mkn jom..resepi ni emi salin yer..

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara
  • Bersih ayam. Potong ikut suka
  • Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  • Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
    Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  • Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak.
  • Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam(emi guna bhn perap td) tadi
  • Untuk sos* tumis bawang putih dan cili merah yg dah diblend hingga naik bau, masukkan 2sb cili kisar dan sedikit asam keping. Perasakan dgn garan dan gula secukupnya.
  • Selamat menjamu selera...

Pasta Carbonara

Resepi ni dah lame masuk list, hrni buat sbgai brkfast. Resepi asal dr Tokey my resepi k.yani tp yg ni emi tengok kt blog Are-Ryouri cuma emi tmbh dgg cincang sikit dan gnti pasta dgn mkroni gulung2 tu. Tu je yg ade kt umh ni..resepi boleh tgk gk kt sini..

Bahan-bahan ( 2 orang )*
3sb daging cincang
2 biji telur separuh masak*
pasta utk 2 org makan*
2 sudu besar mayonis*
2 sudu besar butter*

sedikit garam*
1 ulas bawang putih- dicincang*
1/2 biji bwg besar(sederhana saiz) - dicincang*
2 sudu besar minyak zaitun*
Parmesan cheese secukupnya*
Parsley kering secukupnya* -emi gnti dgn nori
4-5 biji cili api (kalau nak ubahsuai dgn citarasa melayu)*
serbuk lada sulah/lada hitam

Cara-cara

1. Rebus pasta dengan sedikit garam sehingga masak dan toskan.
2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daging cincang dan kacau.
3. Masukkan pula pasta ke dlm no.2 bersama dengan 5-6 sudu besar air rebusan pasta tadi. Kacau balik sekejap.
4. Kemudian masukkan pula butter dan mayonis ke dlm pasta tadi. Gaul rata. Adjust rasanya. Tambah garam kalau tak masin
5. Utk hidang : Letak pasta ke dalam pinggan, taburkan dengan parmesan cheese, kemudian letaklah telur separuh masak dan taburkan daun pasley dan serbuk lada sulah/lada hitam.
6. Note :Kalau nak sesuaikan dengan tekak melayu, boleh masukkan potongan cili padi semasa tumis bawang.

Saturday, July 25, 2009

Jln2 kat Okawahara Kougen

Hari ni seawal jam 730 pgi kami bergerak ke Okawahara Kaugen (tanah tinggi Okawahara) lme dah plan nk gi sini..hrni bru berkesempatan..mmg cntekk sgt tmpt ni..suke betul kt sane. cuma perjlnan tu je yg agak mengerunkan dan memeningkan..yela nk naik atas bukit..jln kecik dan curam. Tapi dah sampai atas tu puas hati rase...sempatla bergambar kejap sblm kabus tebal dtg menyerang dan bateri kamera tu trus 'konG'..huh~

Ade ape kat atas tu? tempat ni femous dgn kincir angin tuk janakuasa dan munge2x color biru tu..rase unik bunga ni..jom tgk beberapa gmbr dan sedikit info disebaliknyer..



INFO KINCIR ANGIN:
  • Kincir angin ni betul2 berada diatas bukit. Ketinggian tiang kincir ni adalah 60meter dan setiap bilahnyer sepanjang 30meter..jadi ketinggian yg dapat dicapai pada pusingan paling tinggi adalah 90meter bersamaan dgn tinggi bangunan 30tingkat.
  • Ianya akan berpusing walaupun hnya pada kelajuan angin 4meter per saat iaitu seperti daun angin bergoyang bila kena angin. Unik kan!kincir yg sebesar dan seberat itu boleh berpusing pada kelajuaan angin yg rendah.
  • Pada kelajuan 17mtr/saat (sama dgn angin yg boleh goyangkan btg pokok) boleh menghasilkan tnga elektrik yg max.
  • Tapi bila taifu(taufan)-25mtr/saat automatik bilah kincir akan berhenti-sbgai safety
  • Leher kincir tersebut juga boleh berpusing tuk mengikut arah angin.


Kawasan ni mmg penuh dgn bunga Ajisai biru ni..seronok betul rase dikelilingi bunga2ni lgi2 biru warna fav ku..

Info Bunga;

  • Warna bunga biru
  • kumpulan Family Saxifragaceae.
  • Nama scinetificnya Hydrangea macrophylla
  • English name: common hydrangea
  • Japanese Name: Ajisai

tgk munge yg satu ni bentuk lebiuU..cntek kan..B yg jumpe..tu yg trus amik gambr dan Siap petik lagi bg kat bininyer ni..suke2x.. :)

Friday, July 24, 2009

Asam Pedas Daging

Selamat kembali di tghri jumaat yg mulia ni..dah lunch ker semua?..menu lunch kitaorg hrni asam pedas daging. Lauk2 sampingan lainnyer, tempe goreng sambal kicap dan mayonis salad..ssimple mimple je menu mkn tghri hrni..Asam Pedas Daging..sblm ni tgk resepi ni kt My Resepi dan kt dapur CMG n k.hana so hrni try la..Pernah gak mkn lauk gi ni kt kg Melaka. Memang best U!..bubuh daun limau purut sikit dgn bunga kantan kejang tu sikit..;) tp kli ni emi guna instant punyer asam pedas je ekk..asam pedas cap BRAHIM~hihi acik x?aci ke xaci ker xkisah laa..layannn~~~

Mexican Bun

Breakfast kami pgi tadi..Minggu ni rajin pulak nk meroti hehe..berjangkit dgn virus2 yg dah menular dikalangan blogger2x.. tergoda pulak tgk k.hana, k.ika, cik manggis dan yg lain2 buat mexican bun ni. Mmg dah lame bebenor masuk list tpi bile pkir2 mls betul nk membuatnyer. Semalam B pulak request..tu yg merajin gk diri subuh2 bangun On BM hehe..Konon guna Bm tapi bile tgk adunan jdi lembik lak..kne uli lain kt lua..tulaa..menderhaka lagi pd tuan punye resepi. Konon nk kombine la resepi Cik Wan dgn K.lily.. tula kne uli lain..nasib boleh diselamatkan..okey jom tgk resepi nyer yg betul2..best2x mmg best roti ni..Hubby pun kate sedap siap buat thumb up lgi..huhu..hepi..yela en hubby pun tlg wat bulat2 doh tu..hehe tenkiu2x..bg sape2 yg lum cuma boleh la cuba yer..

Bahan doh:- 60gm gula halus/ 300gm tepong roti/ 2 sudubesar susu tepong (anlene/low fat)/ 1 biji telor(saiz kecil)/ 30gm butter lembut/ 2sudukecil yis kering/ 140ml air (suam2 sikit=doh cepat naik)-atau guna resepi dari k.lily ni
Cara:- Sebatikan kesemua bahan kering, masukkan telor dan air, uli hingga menjadi doh kasar kemudian masukkan butter, uli lagi hingga adunan licin , lembut dan tidak lekat ditangan. Bulatkan dan tutup dengan plastik, penaikan doh 2xganda (biasanyer saya tunggu 2.5xganda). Setelah itu tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin didalamnyer dan uli sedikit. Bahagikan kepada 10 biji. Ambil sebiji dan masukkan filling kemudian bulatkan semula kemas2 dan susun diatas loyang bakar. Tunggu doh mengembang 1x ganda@ 1.5 dari saiz asal tadi sebelom dipaipkan toppingnyer.

Filling:- 70gm butter + 70gm brown sugar (emi ikut cara cik manggis ni)

Topping:- 60gm butter lembut/ 50gm gula halus/ 1 biji telur/ secubit garam/ 85gm tepong gandom/ 1 sudubesar nescafe larutkan dgn hanya 1 sudubesar air panas/ 1 sudukecil esen kopi
Cara:- Whisk butter dan gula hingga hancur masukkan telor , kacau sebati. Masukkan larutan nescafe dan esen, sebatikan lagi. Akhir sekali masukkan tepong dan gaul rata2. Masukkan kedalam plastik bersih, ketepikan hingga tiba masa untuk digunakan.
Bakar roti pada suhu 170c selama 15-20minit atau hingga keperangan

Wednesday, July 22, 2009

Plain Soft Bread

Roti supper n brkfst esok..Ni pestaim buat plain bread.hahaha..gelak2 jgn xgelak..Biase beli jer sbb kat sini harga roti kosong ni agak murah gk dlm 158yen-190yen. Banding tepung roti yg agak mahal harganyer. Tu pasal xpernh nk buat roti plain ni. Tapi kali ni tgk tepung roti tgh offer 2kg dlm 3++yen jer tu yg saje ngetest buat roti putih. lg pun belum pernh lagi test power BM ni membakar roti, biasa buat adunan jer keluarkn doh dan bkr dlm oven. Rugi klo xguna betul2 BM ni..(huhu..bru nk guna betul2 ker??)okey2 ni resepi dr breadmaker ku..saje je salin balik klo ade sape2 yg nak nengok lerr..

bahan2 (1loaf)
180ml air/susu segar
280g tepung roti
16g gula
4g garam
30g shorthening
2.1g yis

Cara2

  • Timbang bahan2(pastikan yis xbercampur dengan garam) dan masukkan ke dalam Bread Maker(BM). Set On dan tunggu sehingga masak.
  • Sedap dimakan begitu saja, sapu jem, madu atau cicah dgn air kopi/milo.

Sambal Tempe kering

Salam semua..slmt kembali. hari ni dgr berita kata ade gerhana matahari jam 11.05am waktu jepun. Tapi sini mendung dan langit gelap xnampak langsung bayang2 cahaya matahari. Kat tempat lain macammane yer..seronoknyer klo dpt tgk live gerhana matahari tu..bentuk ala2 cincin belian yg bersinar tu..okeyla cukup setakat tu cite pasal gerhana ni yer..tp klo ade sape2 yg dpt tgk boleh la cite2 sikit kt emi yer..jom layan menu ringkas harini..sambal tempe+ikan bilis+kentang..

Bahan-bahan
1 paket tempe-hiris nipis n goreng garing
segengam ikan bilis- goreng garing
1biji kentang- disagat halus dan goreng garing
4 biji bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
3 cili kering-kisar
2sb sos cili
1 sb gula perang
1 sb air asam jawa
garam secukupnyer

Cara-cara
  • Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
  • Masukkan gula, garam dan air asam jawa. kacau sekata.
  • Masukkan sos cili dan kacau sehingga agak2 pekat.
  • Masukkan tempe, ikan bilis, kentang yg dah digoreng garing tadi, gaul rata.
  • Angkat dan boleh dihidangkan bersana nasi hangat.

Tuesday, July 21, 2009

Mee Sup (II)

Mee sup + ayam + begedil + sambal kicap

Begedil tu kita org mkn dgn mee sup ni. resepi mee sup tu ade kat n3 sebelum ni..sori yer,hrni menu resepi2 lame jer..klo nk tgk klik sini tapi kali ni emi letak aym yg digoreng separuh masak dulu sebelum direbus dalam sup. Suke sebab ayam tu ade garing2 sikit..okey..slmt menjamu selera semua..

Begedil

Salam kembali...Dah lunch semua?Hari ni menu2 yg b dah sedia request.. begedil.Makan dengan mee sup, kebetulan bhn2 mmg semua dah lengkap, tinggal nk merajin kn dri jer membuatnyer..xde la sesusah mne pun buatnyer cuma bile tgh kemalasan melanda tu yg nmpk semua ssh tu kn..(emi laa ni)..okey2x..menu asal drpda sumber myr oleh ratnamurniwati. ni mintk izin tuk salin balik yer..

Bahan-bahan ( 3 orang )
2 biji kentang
segenggam daging cincang ramly
daun sup dicincang halus
5 sudu besar bawang goreng-emi kurangkan sukatan ni
satu sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada sulah
1 biji telur (di pukul)

Cara-cara
  • Kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
  • Setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
  • Kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
  • Setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
  • Gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana.
  • Akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng. hidangkan bersama mee/bihun sup atau soto.

Inti sedap versi popia


Pagi tadi brkfast makan popia inti sedap ni..inti sedap tu nama yg k.hana beri tuk resepinyer tu. mmg sedap sebab mcm2 ade dlmnyer tu..tp kli ni emi buat versi popia pulak..nk perabih kan kulit popia yg da semakin kejang dok dalam freezer tu. dapat la buat uk sarapan pagi..okeis tuk resepi klik kat INTI SEDAP..tenkiuUu again tu kak hanaa...

Monday, July 20, 2009

Udang masak Tempoyak


Juadah untuk lunch harini..

Bahan-bahan
udang-jgn buang kulit-kekalkan kemanisan
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
4 helai daun limau purut
5 tangkai cili padi -tumbuk
sedikit serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar tempoyak


Cara-cara
  • Masukkan santan, cili, serbuk kunyit. Kemudian masukkan udang dan masukkan garam secukup rasa. kacau selalu dan bia api kecil shja.
  • Masukkan tempoyak dan biar kuah pekat sedikit.
  • Masukkan daun limau purut. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih.

Sunday, July 19, 2009

Seafood Pizza

harini buat pizza lagi..huhuu..kli ni buat versi seafood pulak letak isi ketam dan hotdog sikit, tabur nori dan kat kerak tepi tu sumbat cheese. Tapi letak sikit jer tu yg bile potong tu xnmpk cheese dlm kerak tu mencair..hahaha..okey resepi tgk n3 lame yer..boleh klik sini..entry ni tayang gmbor je la yer..layannnn~

sebelum dibakar..
lepas bakar..

Saturday, July 18, 2009

Choc-Coffee Brownies

Ni first time buat brownies..ermmm xtatau laa jdi ke idak..mcm ok jer..tp xlawOo..agak berderai sikit. Resepi ni amik dr dapur k.hana cuma otter sikit bab krimnyer tu..wat coffee cream. Nila menu minum petang kami..snap gmbor 3ketui jer tuk kami bertiga 1org satu yer..hihi..sape nk potong sndri dlm loyang tu yerr:)..mintak izin kopie paste yer k.Hana&tokey2 resepi yg seangkatan dgnnyer..
**********************************************
Bahan2-emi buat 1/2 adunan jer drpda resepi bwh ni
Bahan A (sebatikan)
1 cawan susu segar
1 cawan butter yang dicairkan
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan B (diadun sebati)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan C (diayak)
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
*****************************************************
Creamy Brownie Fosting
Bahan2
3sb butter-lembutkan
50g coklat ape2
1sb madu
1/2sk esen vanila
1sb coklat emulco- emi gnti dgn 1sb bncuhan kopi
3sb susu segar
Cara-cara buat brownie
  • Pre-heat oven pada suhu 175 C selama 10 minit.
  • Sebatikan semua bahan A.
  • Tuangkan pula bahan B dan kacau.
    Masukkan bahan C dan kacau hingga sebati.
  • Alaskan loyang 10 x 10 inci dengan kertas minyak dan tuangkan adunan ke dalam tin. Bakar selama 40 - 45 minit.
  • Sejukkan dan tuangkan bahan topping di atasnya. Biarkan sebentar sebelum dipotong kecil-kecil.

Cara-cara creamy brownie fosting

  • Pukul mentega, serbuk koko, emulco, honey dan esen vanila hingga sebati. Masukkan susu. Pukul hingga sekata. Sapukan atas brownies dan potong empat segi. pastu letaklah walnut ke coklat rice ke.. apa-apa je leh yang u all suka.

Nasi lemak smbal sotong

Selamat pagi dan slmt berhujung minggu semua...plan ape hujung minggu ni?dah srpan?ape2 pun jom kita srpan dulu yer..hehe mcm rncangan ape jer..okey2..hrni buat nasi lemak resepi k.fida sbgai minum pagi. Resepi nasi lemak ni lain sikit, emi belum pernah lagi cuba b4 this. Bile try mmg best dan ade kelainan..aroma bawang2,daun pandan dan serai tu betul2 menarik selera u..huhu..mkn pulak dgn sambal sotong, ikan bilis,timun dan telur sebagai pelengkap hidangan..resepi asal boleh tengok kt link ni..Nasi Lemak K.Fida ..dan yg ni sebagai rujukan.. mintak halal resepi yer kak.

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )-ikut kesesuaian isi rumah
500 g beras
santan secukupnya - drpd 1 biji kelapa
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 hiris halia *
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik
garam secukup rasa
Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :-
sambal tumis
ikan goreng,ayam goreng,ikan bilis goreng
telur dadar,telur rebus,telur mata lembu
timun yg dihiris
kacang tanah goreng
kangkung goreng dan lain2 ikut selera


Cara-cara
  • Kisar bahan2 yg bertanda *.
  • Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm periuk nasi(saya guna periuk eletrik)bersama bahan2 kisar,daun pandan dan serai.
  • Tuang secukup santan dan garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata.Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
  • Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.

Thursday, July 16, 2009

Roti Pandan Berkaya

Untuk minum petang hrni buat roti pandan kaya ni..ramai gak dah cuba roti ni.K.hana,CMG, cik Manggis dan ramai lagilah yg dah nge"test" roti ni.. So hrni giliran emi pulak. B4 ni pun pernh buat tp resepi lain kli ni guna resepi ni pulak..Tengok bahan2 semua tu mmg ade kt umah, tu yg sng cite tu..terus timbang2 dan on BM..jemput minum petang semua.. resepi asal dr Sifu Rinchan yg femous itew!resepi asal klik sini ni copy dr blog k.hana..mintak halal resepi jer..

Bahan-bahan-emi buat 1/2 adunan jer dr resepi ni
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste
Bahan hias:Kelapa kering secukupnya
-Seri kaya secukupnya

Cara-cara

  • UNTUK DOH : Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam.
  • KAEDAH LAIN : Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  • Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci).
  • Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  • Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25-30minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...


Wednesday, July 15, 2009

Roti John

Selamat petang semua...dah minum petang?Jom minum same2 kita pekena roti John jom.. hehehe..Nape yer roti ni dipanggil roti John?Agaknyer org yg mula2 buat tu namenyer John kot..xpun Johan tapi nk glamor bubuh nama John..heheh suke2 hati jer teka2x..siape tau tlg jawab yer? ok..resepi ni diolah sendiri..sape yg berminat boleh la cuba

Bahan-bahan (6ketul)
6keping roti hotdog
3biji telur
80gm daging cincang/dgg burger-goreng seketika jika suka
1/4labu bawang besar- dikisar/dipotong dadu
sedikit kubis dan lobak merah-diracik halus
1/2 sk serbuk kari
daun bawang-option
garam
lada sulah
butter
Cara-cara
  • Pukul telur, masukkan daging cincang, bawang besar, kubis, lobak, serbuk kari dan sedikit garam. Pukul hingga sekata.
  • Sapu roti dengan sedikit butter.
  • Panaskan kuali. Curahkan 1senduk campuran telur tadi dan letak roti tadi.
  • Biar sehingga telur garing, kemudian angkat dan lipat.
  • Picitkan mayonis dan sos cili. Potong dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba.
sebelum letak sos dan mayonis

sedia untuk dimakan..

Munge2x dr Ros@ onigiri

bunga2 ni dr Ros...cantek betul gmbr2 bunga yg ros tangkap ni..mmg nmpk expert:)..dlm byk2 tu emi pilih yg 2 ni yer..suke yg biru tu sbb lain dr yg lain dan mmg suke color biru...suke yg kuning tu sbb nmpk ceria dan segarr jer mate memandang...tq Ros...


Monday, July 13, 2009

Karipap Inti Sedap

Dah agak lame gak xbuat karipap, kuih fav ku ini. xde kerajinan nk buat..tp hrni time pose2 ni mkin teringin nk mkn karipap tu yg merajinkan diri buat gak. Pilih resepi karipap drpada k.hana pulak kali ni. Nak cuba rase karipap yg lain dr yg lain intinye ni. bubuh ayam,telur dan kentang. Mesti sedap sebab mewah dgn akseseri2 tu kan. tp bab2 kelim2 ni mmg menguji jiwa nurani betul..mmg keras tanganku ini. berpandukan tunjuk ajar bergambar k.hana tu inilah hasilnyer...camne k.hana?rasenyer ok sikitla dr b4 ni cuma xboleh lawan tokey lg..dan agak xlicin kulitnyer tu..hihi praktis more..ok ni resepi drpada k.hana yg nk dicopy paste. mintak halal ye k.hana..
Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam
air
INTI
5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji @ potong dadu
2 1/2 sudu besar kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
gula - jika perlu
air

Cara-cara
  • Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  • Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  • Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering. tutup api.taburkan daun sup.
  • Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  • Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dicampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
  • Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di makan.

sebelum digoreng