Wednesday, July 1, 2009

Dadih

Untuk entry pertama bulan julai..wat dadih ni sebagai pencuci mulut harini. Panas cuaca skrg ni sedap la mkn dadihni sejuk2. tapi dadih ni terkeras sikit laa...jadi cam agar2 pulak..mungkin terkurang air atau terlebih agar2..Ape2 pun kita mkn je laa k..Resepi dari my resepi oleh minami. Ni sebagai rujukan..

Bahan-bahan ( 15-20 cup kecil )
1 liter air
1 liter susu segar
1 cawan gula
11 g serbuk agar2(2 sudu besar)
secubit garam
perisa (jagung,strawberi,milo dll)
Cara-cara
  • Masak air dgn gula sampai gula hancur.
  • Masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
  • Tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil(kalo nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada beberapa bahagian dan tambahkan perisa).
  • Simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.

2 comments:

Anonymous said...

Dadih belang nie tak de lagi dlm pasaran nie Emi.. kalau jual nie mesti laku.heheh

emilia said...

hihi..ntah2 pembelinyer k.ijan jer hihi